Ahad, 28 November 2021 | 1:00pm
Siti Nordiana bersama trofi Penyanyi Wanita Popular Xiaomi dan Artis Versatil Popular yang dimenangi pada ABPBH 34. Pada edisi kali ini, Siti Nordiana meraih satu lagi trofi kategori online, Anugerah FANtastik Popular yang dimenangi bersama kelab peminatnya, Siti Nordiana FC. Foto NSTP

Nana bagi 'Amaran'

KUALA LUMPUR: Tampil berbeza, artis versatil, Siti Nordiana menghadiahkan peminat single duet bersama bakat baharu, Bunga dalam dendangan genre ala hip hop, trap dan electronic dance music (EDM) berjudul Amaran.

Selepas Syura dan Jaclyn Victor, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana memilih Bunga untuk merakamkan lagu Amaran ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat ini.

Pemenang trofi Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini mengaku mahu mencabar diri dengan menghasilkan bingkisan berbeza.

"Selama ini, lagu saya terarah kepada genre pop dan balada. Jadi, kali ini, kenapa tidak cuba lagu rancak.

"Dalam lagu ini, bahagian rap dilakukan Bunga. Lagu ini mudah diingati atau 'catchy'... Kiranya lagu 'sing along' atau mudah dinyanyikan.

Siti Nordiana tampil dengan single duet bersama Bunga berentak trap dan EDM berjudul Amaran. Foto Ihsan Siti Nordiana
Siti Nordiana tampil dengan single duet bersama Bunga berentak trap dan EDM berjudul Amaran. Foto Ihsan Siti Nordiana

"Melalui Amaran, saya dapat tarik kelompok peminat baharu," katanya yang turut meraih trofi Artis Versatil Popular ABPBH 34.

Siti Nordiana meminati cara Bunga melakukan 'rap'.

"Saya suka cara Bunga 'rap'. Dalam 'cute' ada sisi tegas dan lembut dalam lontaran 'rap' Bunga.

"Suara kami juga serasi. Bunga kreatif dan berbakat besar," katanya yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Sayap Bagimu berganding dengan Alif Satar.

Siti Nordiana berkata, lirik lagu Amaran antara lain menyelitkan nasihat insan yang pernah melalui dunia percintaan.

"Lagu ini ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya," katanya.

Lagu Amaran dilancarkan di platform penstriman digital terpilih sejak kelmarin.

Berita Harian X