Isnin, 22 November 2021 | 8:30am
Sebanyak 10 lagu pertama yang layak mara diumumkan ke pentas SFMM36, manakala, baki 20 lagu lagi diumumkan pada masa akan datang.
Sebanyak 10 lagu pertama yang layak mara diumumkan ke pentas SFMM36, manakala, baki 20 lagu lagi diumumkan pada masa akan datang.

30 lagu layak ke pentas SFMM36

KUALA LUMPUR: Stesen TV3 tidak berkompromi dalam soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika penganjuran Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-36, tahun ini.

Ia berikutan tidak mahu insiden tidak terduga apabila episod ketiga SFMM35 dibatalkan apabila salah seorang penyanyi, Alif Satar disahkan positif COVID-19, tahun lalu.

Penerbit Eksekutif, Jamil Hassan berkata, SOP dan langkah berjaga-jaga akan terus diperketatkan dalam usaha membendung perkara tidak diingini berulang.

"Kami akan mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia termasuklah terus membiasakan dengan penerapan norma baharu dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

"Persembahan atas pentas pula hanya terhad untuk empat orang seperti penganjuran Anugerah Bintang Popular BH Ke-34, baru-baru ini," katanya dalam sidang media virtual yang dikendalikan hos Muzik Muzik 36, Alif Satar dan Sissy Imann, semalam.

Penerbit Eksekutif SFMM36, Jamil berkongsi, SOP dan langkah berjaga-jaga akan terus diperketatkan dalam usaha mengelak kejadian tahun lalu berulang.
Penerbit Eksekutif SFMM36, Jamil berkongsi, SOP dan langkah berjaga-jaga akan terus diperketatkan dalam usaha mengelak kejadian tahun lalu berulang.

Bagaimanapun, kata Jamil, pihaknya akan terus peka dengan sebarang perubahan SOP ditetapkan mengikut keadaan semasa pandemik.

"Masih ada tempoh sebulan lagi untuk episod pertama SFMM36. Jadi, jika ada perubahan SOP dan kelonggaran dalam tempoh ini, mungkin terma juga akan berubah.

"Cuma, kami tetap bertegas dalam mementingkan keselamatan dan nyawa. Kami ikut SOP berdasarkan ketetapan semasa.

"Dalam masa yang sama, kami tidak akan mengabaikan kualiti program ini. Ia akan dilakukan dengan baik walaupun dalam serba keterbatasan," katanya.

Buat julung kali, SFMM36 akan disiarkan sebanyak dua episod pada 31 Disember dan 1 Januari depan.

Secara keseluruhan, 30 lagu bakal bertanding bagi peringkat SFMM36.

Alif dan Sissy bersama tetamu undangan, Baby Shima.
Alif dan Sissy bersama tetamu undangan, Baby Shima.

Jamil berkata, ini kali pertama apabila dua episod untuk SFMM36, berbanding tiga episod selama ini.

"Episod pertama SFMM36 akan berlangsung menjelang tahun baharu 2022, jadi sudah tentu ada suntikan istimewa pada hari berkenaan.

"Namun, hanya 12 lagu sahaja akan berentap menerusi Anugerah Juara Lagu Ke-36 seperti kebiasaannya," katanya.

Semalam, Alif dan Sissy mengumumkan 10 lagu pertama yang layak mara ke pentas SFMM36. Manakala, baki sebanyak 20 lagu akan diumumkan pada 28 November dan 5 Disember ini.

Suasana studio dimeriahkan dengan artis jemputan, Baby Shima dan Naim Daniel.

Sebanyak 10 lagu yang layak ke pusingan SFMM36 ialah Bujang nyanyian Hael Husaini dan ciptaan Hael serta lirik MFMF; Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham/Asfan Shah, Fedtri Yahya); Chikadun (Floor 88/Zai Hamzah, Achoi Floor 88); Coretan Pilu (Datuk Awie/Ikhwan Fatanna/Wan Saleh, Fedtri Yahya), Lenyap (Usop/A'A, Romal, Karim Karam, Mike Chan); Mimpi (Haqiem Rusli/Haqiem, Datuk A Aida); Penat (Andi Bernadee/Nuriman, Andi, Efry Arwis Nuriman); Purnama (Naim Daniel/Amzar Razqa, Naim), Rindu Separuh Nyawa (Naqiu dan Vanessa Reynauld/Naqiu, Wit, Mohsen, Siti Rosmizah) dan Salahku (Yonnyboii/Yonnyboii).

Berita Harian X