Rabu, 13 Oktober 2021 | 11:08am
Semalam, Niezam bersama dua lagi individu membabitkan pengarah filem dan penolongnya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, atas pertuduhan memiliki dadah pada Ahad lalu. - Foto NSTP

Niezam yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, semalam atas tuduhan memiliki dadah menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. - Foto IG Niezam Zaidi
Niezam yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, semalam atas tuduhan memiliki dadah menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. - Foto IG Niezam Zaidi

'Saya minta maaf. Nak 'remain silent' dulu' - Niezam Zaidi

KUALA LUMPUR: "Saya minta maaf jika ada salah dan silap pada kalian semua," kata pelakon Niezam Zaidi yang terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah, Ahad lalu.

Niezam yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, semalam atas tuduhan memiliki dadah menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

"Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini.

"Semoga Allah merahmati kalian. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini," katanya menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Niezam, dia juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan terdekat termasuk media yang menghubunginya.

"Saya minta maaf tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat handai, media, dan rakan-rakan seperjuangan melalui mesej peribadi, WhatsApp, panggilan dan sebagainya.

"Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati," katanya.

Semalam, Niezam bersama dua lagi individu membabitkan pengarah filem dan penolongnya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, atas pertuduhan memiliki dadah pada Ahad lalu. - Foto NSTP
Semalam, Niezam bersama dua lagi individu membabitkan pengarah filem dan penolongnya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, atas pertuduhan memiliki dadah pada Ahad lalu. - Foto NSTP

Sementara itu, Niezam ketika dihubungi menerusi WhatsApp enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

"Maaf, buat sementara waktu nak 'remain silent'. Insya-Allah nanti dah okay, saya 'update' ya. Sorry sangat-sangat," katanya menerusi WhatsApp kepada Harian Metro.

Selain Niezam, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine pada waktu, tarikh, dan lokasi sama.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Muhamad Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selepas peguam yang diwakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan, Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya menetapkan jaminan RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin yang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mohd Shazmeer juga menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan kimia.

Berita Harian X