Isnin, 9 Ogos 2021 | 1:25pm
Allahyarham Siti Sarah melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan ditidurkan dan tidak sedarkan diri menerusi pembedahan, Jumaat lalu sebelum meninggal dunia, hari ini.
Allahyarham Siti Sarah melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan ditidurkan dan tidak sedarkan diri menerusi pembedahan, Jumaat lalu sebelum meninggal dunia, hari ini.
Ini bukan gambar bayi Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
Ini bukan gambar bayi Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

'Bukan gambar bayi arwah Siti Sarah'

KUALA LUMPUR: Wajah gambar bayi yang tular bukan anak keempat pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan seperti yang tersebar dalam laman sosial.

Pengurus arwah Siti Sarah, Nana Mohamad Rom menafikannya, malah memohon agar orang ramai berhenti berkongsi gambar berkenaan.

"Bayi itu bukan anak keempat Shuib dan arwah yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

"Ayash Affan masih dalam inkubator dan belum berpeluang pulang ke rumah.

"Saya mohon orang ramai berhenti menyebarkan gambar ini. Tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib, ketika ini," katanya kepada BH Online.

Allahyarham Siti Sarah melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan ditidurkan dan tidak sedarkan diri menerusi pembedahan, Jumaat lalu sebelum meninggal dunia, hari ini.
Allahyarham Siti Sarah melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan ditidurkan dan tidak sedarkan diri menerusi pembedahan, Jumaat lalu sebelum meninggal dunia, hari ini.

Tambah Nana, dia percaya gambar Ayash Affan akan dikongsikan Shuib apabila tiba masa yang sesuai.

"Shuib pasti akan berkongsi gambar anak keempatnya, cuma sekarang bukan waktu yang sesuai.

"Beri Shuib ruang untuk menyelesaikan urusan pengebumian arwah isterinya. Insya-Allah, Shuib akan berkongsi gambar Ayash Affan, tidak lama lagi," katanya.

Terdahulu, gambar seorang bayi tular dalam laman sosial, ramai yang beranggapan itu adalah bayi dilahirkan arwah Siti Sarah pada Jumaat lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi ini.

Berita Harian X