Khamis, 17 Jun 2021 | 6:00pm
Zara Zya dituduh membuat ulasan produk berbaur lucah dalam laman Instagram. - Foto IG Zara Zya
Zara Zya dituduh membuat ulasan produk berbaur lucah dalam laman Instagram. - Foto IG Zara Zya

'Video atas katil untuk promosi produk'

KUALA LUMPUR: Gara-gara berkongsi video aksi kurang sopan pasangan berpelukan atas katil bersama kapsyen gambar berbaur lucah, tidak pasal-pasal akaun Instagram (IG) aktres, Zara Zya menjadi mangsa serangan netizen.

Ramai berpendapat pelakon berusia 36 itu tidak sensitif apabila sanggup membuat ulasan mempromosikan produk hubungan intim suami isteri yang disifatkan tidak sesuai dengan imej yang berhijab.

Tambahan pula, Zara masih belum berumah tangga hinggakan dituduh terdesak apabila sanggup membuat ulasan berbaur lucah gara-gara tiada tawaran lakonan.

Namun, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin tidak berdiam diri, sebaliknya mempertahankan keputusan menerima tawaran ulasan produk berkenaan.

Malah, Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin 2019 itu menyelar sikap netizen kerana suka memikirkan perkara bukan-bukan dan menggesa mereka lebih berfikiran terbuka.

Zara berkata, ulasan mengenai produk hubungan intim suami isteri mengundang kecaman bukan disebabkan dirinya terlepas pandang.

"Setiap kali ditawarkan membuat ulasan produk, saya akan memilih ulasan yang dirasakan okay. Bagi saya, ulasan produk yang tular, baru-baru ini tidaklah seteruk mana. Saya rasa tiada salahnya membuat ulasan produk ini," katanya kepada BH Online.

Menafikan melenting dengan kecaman warga netizen, Zara berkata, dia tidak sedikit pun terasa hati, sebaliknya 'headline' yang digunakan oleh sesetengah portal membayangkannya berang.

"Saya hanya minta netizen lebih berfikiran terbuka. Sekiranya merasakan video ini lucah, maka lucahlah jadinya.

"Sedangkan, saya hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja. Seperti dikatakan, saya tidak terguris dengan komen netizen. Biarlah mereka ingin kecam atau kritik kerana saya sudah masak dengan sikap netizen," katanya.

Zara Zya bersikap selektif dalam membuat ulasan produk, namun tidak nampak di mana salah dan silap mempromosi produk makanan tambahan. - Foto IG Zara Zya
Zara Zya bersikap selektif dalam membuat ulasan produk, namun tidak nampak di mana salah dan silap mempromosi produk makanan tambahan. - Foto IG Zara Zya

Netizen mendakwa, ada pengikut Zara terdiri daripada remaja atau pelajar sekolah, tidakkah memikirkan perkara itu, ia sekali gus menjejaskan imej berhijab?

Menjelaskannya, Zara berkata, dia tidak tahu di mana salahnya apabila membuat ulasan produk berkenaan,

"Lagipun, ia hanyalah produk makanan tambahan, jadi saya tidak melihat di mana kesilapan saya membuat ulasan produk ini.

"Bukan isu tiada 'job'. Kerja ulasan berbayar bukan baru dilakukan, sebaliknya dari dahulu lagi. Saya sudah buat kerja ini, malah ramai rakan artis melakukan kerja yang sama. Bukan sebab tiada 'job' atau apa...

"Tetapi, saya tidak kisah, biarlah orang nak kata apa. Selagi benda ini tidak salah, untuk apa saya dengar cakap orang. Kurangkan sikap berfikiran negatif.

"Jika semua perkara tidak boleh, sampai bila-bila orang kita akan terus berada di belakang," katanya.

Mengulas adakah dirinya bersikap lebih selektif sebelum membuat sebarang ulasan disebabkan kejadian ini, Zara berkata,

dia memang seorang yang selektif, namun tidak nampak di mana silapnya video yang dikongsikan.

"Kalau disebabkan adegan berpelukan, rasanya di kaca televisyen (TV) juga banyak aksi berpelukan ditunjuk, tetapi kenapa isu ini perlu diperbesarkan," katanya.

Berita Harian X