Jumaat, 9 April 2021 | 6:18pm
Serina mengumumkan pernikahannya dengan Meor yang juga pegawai polis di IG, hari ini. Foto Ihsan Serina Redzuawan
Serina mengumumkan pernikahannya dengan Meor yang juga pegawai polis di IG, hari ini. Foto Ihsan Serina Redzuawan

Serina pilih pegawai polis

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun menjadi ibu tunggal kepada dua anak, Serina Redzuawan, 39, mengesahkan dirinya bernikah kali kedua melalui hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu memilih pegawai polis, Meor Mohammad Aidid sebagai pasangan hidup.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya itu enggan berkongsi perincian majlis pernikahannya.

"Apa yang lebih utama Papa sudah berjumpa suami dan memberi restu.

"Usianya memang muda daripada saya. Insya-Allah, selepas raya Aidilfitri, kami merancang mengadakan majlis keraian

Ciri lelaki budiman, berpelajaran dan beriman memikat hati Serina yang mengumumkan sudah diijabkabulkan dengan Meor. Foto Ihsan Serina Redzuawan
Ciri lelaki budiman, berpelajaran dan beriman memikat hati Serina yang mengumumkan sudah diijabkabulkan dengan Meor. Foto Ihsan Serina Redzuawan

"Kami bernikah secara tertutup. Kami selesaikan yang wajib dahulu," katanya kepada HIP.

Mengenai suaminya yang berstatus duda tanpa anak, Serina mengakui mereka berkenalan kira-kira setahun lalu.

"Sebelum ini, saya mengaku sedang mengenali seseorang, dialah yang dimaksudkan.

"Dia menyenangi saya, berpelajaran, memiliki peribadi baik, budiman, beriman dan berwibawa. Ini membuatkan saya jatuh cinta dengannya.

"Suami boleh menjadi khalifah terbaik dalam keluarga," katanya.

Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Berita Harian X