Isnin, 21 Disember 2020 | 12:28am
Kejayaan Ejen Ali The Movie meraih trofi Filem Meletop menamatkan dominasi filem terbitan Astro Shaw dalam kategori sama pada AME 2020. Foto IG Ejen Ali The Movie
Kejayaan Ejen Ali The Movie meraih trofi Filem Meletop menamatkan dominasi filem terbitan Astro Shaw dalam kategori sama pada AME 2020. Foto IG Ejen Ali The Movie

Ejen Ali The Movie menang Filem Meletop

Usamah menerima trofi Filem Meletop yang dimenangi Ejen Ali The Movie pada AME 2020 di Putrajaya, malam tadi. Foto Ihsan AME 2020
Usamah menerima trofi Filem Meletop yang dimenangi Ejen Ali The Movie pada AME 2020 di Putrajaya, malam tadi. Foto Ihsan AME 2020

PUTRAJAYA: Filem animasi terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation, Ejen Ali The Movie meraih trofi Filem Meletop pada Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Kemenangan itu menamatkan dominasi filem terbitan Astro Shaw yang turut bersaing dalam kategori sama iaitu Polis Evo 2, Sangkar, Pusaka dan filem animasi, BoBoiBoy 2.

Pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menyifatkan kejayaan filem animasi berkenaan sebagai hasil kerja keras pasukan produksi.

"Ini adalah testimoni hasil kerja kami berbaloi. Kami sangat bertuah kerana filem ini bukan sahaja meraih pelbagai kejayaan, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan kutipan memberangsangkan," katanya kepada BH Online selepas menerima trofi berkenaan.

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie meneroka pasaran dunia apabila mengumumkan kerjasama strategik dengan platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video.

Populariti siri animasi Ejen Ali meyakinkan produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang meraih lebih tujuh juta muat turun melalui aplikasi Apple App Store dan Google Play Store.

Kejayaan siri animasi ini seterusnya direalisasikan melalui kutipan box-office filem Ejen Ali The Movie yang dilancarkan pada Disember 2019.

Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM32.5 juta (AS$8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Berita Harian X