Rabu, 29 Julai 2020 | 7:50pm
Rakaman temubual Shuk, Shuib dan Fizie bersama Dr Noor Hisham boleh didengari di HotFM, Isnin ini, mulai jam 6 pagi. Foto Ihsan HotFM
Rakaman temubual Shuk, Shuib dan Fizie bersama Dr Noor Hisham boleh didengari di HotFM, Isnin ini, mulai jam 6 pagi. Foto Ihsan HotFM

Teruja jumpa Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Geng Pagi Hot dari stesen radio, HotFM, iaitu Shuk, Shuib dan Fizie teruja bertemu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media berhubung perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Pada sesi media itu, Shuib sempat mengusik Dr Noor Hisham mengenai perancangan untuk bercuti dan lokasi menjadi pilihan.

Dr Noor Hisham 'sporting' menjawab beliau lebih selesa berehat di rumah selepas penat bekerja.

"Isunya bukan soal bercuti... Cuti untuk berehat di rumah sahaja. Kalau bekerja 20 jam sehari, banyak masa berehat di rumah sahaja daripada pergi berjalan sana-sini.

Geng Pagi Hot iaitu Fizie, Shuib dan Shuk teruja bertemu Dr Noor Hisham di Putrajaya, hari ini. Foto Ihsan HotFM
Geng Pagi Hot iaitu Fizie, Shuib dan Shuk teruja bertemu Dr Noor Hisham di Putrajaya, hari ini. Foto Ihsan HotFM

"Bukan saya sahaja penat, tetapi semua petugas barisan hadapan. Ini kerana kita sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti. Apabila kes (jangkitan COVID-19) makin berkurangan, saya benarkan mereka 'take a break' (bercuti)," kata Dr Noor Hisham kepada Shuib.

Dr Noor Hisham sempat berkongsi kerisauan meningkatkan peningkatan kes baharu yang memerlukan pasukannya bekerja keras semula.

"Saya hanya mewakili 250,000 petugas Kementerian Kesihatan. Jadi kerjasama padu antara kami dengan satu matlamat iaitu memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara," katanya.

Liputan penuh dan temubual Shuk, Shuib dan Fizie bersama Dr Noor Hisham boleh didengari di HotFM, Isnin ini, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi serta platform digital yang lain.

Berita Harian X