Khamis, 8 Ogos 2019 | 6:08pm
SHIMA selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan, jam 9 pagi tadi. Foto IG Shima Anuar
SHIMA selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan, jam 9 pagi tadi. Foto IG Shima Anuar

Shima Anuar timang anak kedua

KUALA LUMPUR: Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A dan 7 Petala Cinta, Shima Anuar selamat melahirkan anak lelaki, jam 9 pagi tadi.

Suaminya, Mohd Solih Toha berkata, bayi seberat 2.88 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan dan kedua-dua ibu serta anak sihat.

“Alhamdulillah, semuanya selamat, cuma Shima perlu banyak berehat, memandangkan baru menjalani proses pembedahan. Segala-galanya berjalan lancar dan proses pembedahan itu mengambil masa 30 minit.

“Jika diikutkan, Shima dijadualkan bersalin 10 hari lagi, namun dimasukkan ke hospital lebih awal apabila menunjukkan tanda mahu bersalin.

“Kami sudah mempunyai nama buat cahaya mata kedua ini, cuma menunggu masa sesuai untuk dikongsi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak,” katanya.

Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih, yang juga seorang ahli perniagaan pada 8 April 2017. Pasangan itu, sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Marian Sophia.

Berita Harian X