Rabu, 21 Februari 2018 | 2:41pm
NOH Salleh akan sekali menghangatkan pentas konsert Festival GegaRia, Sabtu ini.
NOH Salleh akan sekali menghangatkan pentas konsert Festival GegaRia, Sabtu ini.
KUMPULAN Bunkface.
KUMPULAN Bunkface.
AKIM & The Majistret.
AKIM & The Majistret.
ELFIRA akan memberikan ceramah mengenai tanggungjawab media sosial.
ELFIRA akan memberikan ceramah mengenai tanggungjawab media sosial.
MIRA Filzah bakal berkongsi petua dan cara pemakaian tudung bersama pengunjung Festival GegaRia di Kuantan.
MIRA Filzah bakal berkongsi petua dan cara pemakaian tudung bersama pengunjung Festival GegaRia di Kuantan.

GegaRia cetus kemeriahan di Kuantan Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Selepas mencetuskan kehangatan di Shah Alam dan Johor Bahru, siri ketiga festival hipster GegaRia akan diteruskan lagi Sabtu ini di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Seperti di dua lokasi terdahulu, di samping pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khusus untuk pengunjung, festival yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutama golongan muda itu sekali lagi mengetengahkan barisan artis terkenal bagi menyemarakkan penganjurannya.

Bagi menjayakan konsert yang diadakan pada sebelah malam, umpamanya, penganjur mengundang semula Noh Salleh, Kugiran Masdo, Akim & The Majistret, DeFam dan Bunkface untuk menggegarkan pentas utama.

Sebelum itu, pada sebelah petang, bintang yang kian mencipta nama, Wany Hasrita, dan sensasi YouTube, Priscilla Abby, akan menghiburkan pengunjung serta peminat.

Selain kemunculan artis terbabit, pengacara Nona yang juga pelakon terkenal, Mira Filzah, akan hadir bagi menjayakan sesi demonstrasi pemakaian hijab, manakala aktres sensasi, Elfira Loy, pula bakal memberikan ceramah mengenai Tanggungjawab Media Sosial.

Pasangan suami isteri popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, tidak ketinggalan memeriahkan acara menerusi sesi ramah mesra bersama peminat, sekitar jam 4 petang. Dua selebriti terbabit sebelum ini sudah pun bertemu peminat masing-masing di Johor Bahru, menerusi acara sama.

Seperti biasa, aktiviti sempena festival ini akan dimulakan dengan senaman tarian kecergasan Zumba pada sebelah pagi, diikuti demonstrasi masakan bersama cef selebriti termasuk cef Fikree Aznan, GegaRia E-Games dan permainan tradisional.

Sepanjang festival berlangsung, kendera saji akan turut disediakan bagi membolehkan pengunjung menikmati pelbagai hidangan enak. Kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut dibuka bagi kemudahan orang ramai.

Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati dengan melayari laman rasmi Facebook dan Instagram, GOGEGARIA.

Berita Harian X