Isnin, 12 Februari 2018 | 10:00pm
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

Enot nafi buang usus untuk kurus

KUALA LUMPUR: Tidak habis-habis pelawak dan pelakon, Enot atau nama penuhnya, Aliza Abdullah disindir selepas tampil dengan susuk tubuh baharu.

Kejayaan Enot mengurangkan kira-kira 40 kilogram berat badannya menjadi topik hangat. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan seperti menjalani prosedur menyedut lemak dan memotong usus sehingga berat badannya menyusut kepada 89 kilogram (kg).

Pernah menderita sakit kanser usus namun pulih sepenuhnya, Enot reda biarpun terus disindir kononnya mengambil jalan mudah untuk mengurangkan berat badan.

"Saya tahu ada yang pertikai dan buat bermacam-macam tuduhan apabila saya mengurangkan berat badan.

"Tapi tidak berlaku seperti apa yang disangka... Saya jenis fobia dengan objek tajam, apatah lagi jarum yang hendak disuntik di sana sini.

PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

"Lagipun, saya bukan jenis manusia yang berpegang kepada prinsip 'beauty is pain' (sanggup sakit demi cantik)... Memang tiada dalam hidup saya. Kalau teknik solekan untuk tampak kurus, memang boleh menampakkan muka runcing.

"Seperkara lagi, teknik suntingan gambar pun boleh menampakkan kita kurus. Namun, saya tak buat semua itu, kalau tak percaya, tengoklah saya secara berdepan," katanya kepada BH Plus.

Dedah Enot, apa yang diamalkan adalah mengambil produk pelansingan badan jenama Lemonex dan menjadi duta selama setahun.

"Saya juga menjadi stokis... Sudah lapan bulan saya amalkan produk berkenaan," katanya.

Bercerita pengalamannya berjuang melawan penyakit kanser usus, Enot memberitahu, ketika itu tubuhnya mengalami perubahan yang disifatkan bagai 'dipam-pam'.

"Ketika sakit, badan saya tidak menyusut. Jadi tidak benar saya kurus disebabkan sakit. Tubuh 'mengembang' ketika sakit kerana banyak mengambil ubat.

PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

"Sekarang apabila sudah tidak mengambil ubat dan penyakit pulih, saya hanya mengamalkan produk pelansingan badan. Saya makin sihat dan lemak juga dapat dikurangkan," katanya.

Malah, wanita berstatus ibu tunggal kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina ini meletakkan sasaran untuk mengurangkan lagi berat badannya.

"Sasaran saya tahun ini adalah mahu mencapai 75 kilogram sebelum bulan April atau Mei depan... Saya yakin mampu melakukannya, InsyaAllah," katanya optimis.

Seiring dengan usia yang bakal menginjak 40 tahun, Enot berkata, dia selesa dengan gaya lembut kewanitaan. Tidak hairanlah, Enot menjadikan pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan sebagai idola.

"Imej saya dengan kasut jenama Dr Martens atau funky sudah berakhir. Sudah-sudahlah begitu... Sudah hendak mencecah 40 tahun kenalah tukar jadi matang sedikit.

"Sekalipun bergaya seperti wanita lain, namun perangai 'gila-gila' masih ada. Saya cuba beralih angin menyuntik elemen baru," katanya.

Terus bercerita, Enot mengaku terpikat dengan gaya Rozita atau Che Ta.

PELAKON Aliza Abdullah atau Enot ketika sesi temuramah bersama wartawan BH di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot ketika sesi temuramah bersama wartawan BH di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

"Saya selalu tengok Che Ta bergaya dan berpakaian. Dia suka pakai baju cantik.

"Dalam perniagaan pun Che Ta berjaya... Segala segi dia okay. Saya hendak jadi seperti dia. Dulu ketika badan berisi, memang tiada keyakinan diri. Saya jadi kecil hati dan mudah merendah diri," katanya.

Namun, kata Enot, semua perasaan negatif sudah hilang.

"Saya bagai menjadi jelmaan baru. Saya kena ubah gaya penampilan menjadi lebih 'class' biarpun tidak menggayakan barangan mewah dan berjenama.

"Sekarang kalau berjalan pun, ramai yang tegur... Mungkin dulu saya selekeh," katanya.

Selepas 'menghilang' selama beberapa tahun, Enot mengaku dia kurang menerima tawaran berlakon. Kali terakhir Enot beraksi adalah dalam drama Bibik Bibikku yang disiarkan TV3, kira-kira dua tahun lalu.

Namun, berkongsi berita gembira, Enot memberitahu, sutradara Erma Fatima, baru-baru ini menawarkan dia berlakon projek teater muzikal biarpun hanya untuk slot tunggal pada 21 Januari lalu.

PELAKON Aliza Abdullah atau Enot ketika sesi temuramah bersama wartawan BH di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
PELAKON Aliza Abdullah atau Enot ketika sesi temuramah bersama wartawan BH di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

"Teater muzikal #YouCanDuit, Pemangkin Pendapatan Digital dipentaskan di Istana Budaya. Ini percubaan pertama saya berlakon teater di pentas berprestij itu.

"Saya sangat teruja. Saya harap selepas ini membuka jalan untuk saya berlakon drama pula. Saya bukan mahu meminta simpati. Saya sudah sihat dan boleh bekerja," katanya.

Tambah Enot, keputusan menukar nombor telefon bimbit baru-baru ini juga menyukarkan syarikat produksi menghubunginya.

"Namun, saya boleh dihubungi dengan menghantar mesej langsung (DM) di akaun Instagram @enot_78," katanya.

Enggan terus larut kegagalan rumah tangga kali kedua, Enot mahu bangkit dan memajukan diri.

"Saya pernah jatuh bertimpa-timpa diuji keperitan dan penderitaan yang teruk. Bagaimanapun, saya bangkit semula tahun lalu.

"Saya mahu terus maju ke depan, tak mahu lagi toleh ke belakang," katanya.

Mendasari hatinya, Enot mengaku masih berharap dipertemukan insan penyayang sebagai teman hidup.

"Bohonglah kalau saya cakap tak mahu ada insan tersayang. Saya harap akan bertemu jodoh yang baik. Apa yang penting, dia boleh terima dua anak saya," katanya.

Info: Enot

  • Nama sebenar: Aliza Abdullah.
  • Pernah dua kali kahwin. Kali pertama bercerai pada 2007, diikuti 2013.
  • Genap usia 39 tahun pada 3 Disember lalu.
  • Dua anak perempuan adalah hasil perkahwinan pertama.
  • Foto Nurul Syazana Rose Razman
    Solekan Chika The Divas (Instagram: @chikathedivas)

    Berita Harian X