Jumaat, 5 April 2024 | 7:01pm
Dengan ketaatan dan kesyukuran kepada Tuhan, pastinya nikmat dan kesenangan diiringi keberkatan. - FOTO Perodua
Dengan ketaatan dan kesyukuran kepada Tuhan, pastinya nikmat dan kesenangan diiringi keberkatan. - FOTO Perodua

Mesej iklan raya Perodua 'Keberkatan Lebaran' sentuh tanggungjawab umat Islam

Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia pasti disajikan dengan iklan raya yang menyentuh hati penonton dari ciptaan semata-mata hinggalah adaptasi kisah benar. 

Sempena lebaran tahun ini, Perodua turut tidak ketinggalan menghasilkan sebuah filem pendek raya bertajuk "Keberkatan Lebaran" bagi merakamkan suasana pagi Aidilfitri yang penuh dengan ketakwaan, keinsafan dan kemesraan sesama ummah. 

Istimewanya filem raya kali ini, Perodua menampilkan penampilan khas Alif Satar & The Locos bagi mendendangkan lagu tema hari raya mereka di samping menonjolkan gerakan sosial 'Geng Subuh Macam Jumaat' yang diterajui penyanyi itu sendiri.

Disebabkan sambutan luar biasa dalam kalangan umat Islam di Malaysia, 'Geng Subuh Macam Jumaat' mampu mencerminkan nilai Perodua iaitu 'mengatasi segala jangkaan' sehingga menjadikan ia sebagai penampilan utama dalam filem raya ini yang menjadi teladan baik untuk tontonan anak muda.

Filem raya pendek yang diberikan tajuk 'Keberkatan Lebaran' bukan saja memupuk tanggungjawab solat Subuh berjemaah, malah, ia turut menggambarkan kehidupan umat Islam meraikan Aidilfitri yang mulia dengan penuh keberkatan.

Filem raya Perodua turut memaparkan amalan bersedekah yang sememangnya salah satu amalan yang dituntut Islam.

Amalan saling bersedekah dan bantu-membantu sesama insan mengajar diri untuk lebih bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Ilahi. 

Penggambaran filem raya berdurasi hanya 1 minit ini jelas menggambarkan sebuah perayaan yang disambut dengan penuh ketakwaan dan kesyukuran.

Perodua yakin dengan lebaran yang disyukuri, nikmat Aidilfitri lebih bererti.

Jangan lupa untuk tonton versi penuh filem raya Perodua 'Keberkatan Lebaran' di platform Youtube

Berita Harian X