Isnin, 22 Januari 2024 | 6:50pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Juh rami-rami nangga Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak

KUCHING : Karnival Jom Heboh kembali ke Sarawak selepas kali terakhir diadakan di bandar raya ini 11 tahun lalu.

Kali ini pesta yang akan diadakan di Dataran Perayaan, Kompleks Stadium Sarawak di Petra Jaya selama tiga hari mulai 26 Januari hingga 28 Januari itu dikenali sebagai 'Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak'.

Karnival itu yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak membawa lebih keriangan hiburan berbentuk kekeluargaan kepada pengunjung.

Hadiah menarik turut menanti pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Hot FM dan Vocket.

Sempena meraikan tradisi lumayan di Bumi Kenyalang, Studio Tonton Drama Sangat akan mengadakan pertandingan istimewa seperti pertandingan kostum tradisional kanak-kanak pada 26 Januari, pertandingan tarian tradisional pada 27 Januari, dan pertandingan nyanyian tradisional (etnik kreatif) pada 28 Januari.

Kepada pengunjung yang ingin menonjolkan bakat seni kreatif mereka, jangan terlepas menyertai pertandingan-pertandingan ini kerana anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang menarik.

Lebih istimewa lagi, Studio Tonton Drama Sangat bakal menampilkan barisan selebriti kegemaran ramai ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak untuk beramah mesra dengan pengunjung.

Reruai ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Aidit Noh, Sherry Ibrahim, Raden Zaharatul, Atiq Azman, dan Trisha Ooi, pembaca berita Farah Nabilah Wazer dan Mior Abdul Malek, personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi, Zaira Sri Zakaria, dan Fizo Omar serta artis jemputan Sharifah Shahirah dan Hael Husaini.

Tidak dilupakan juga, acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang dinanti-nantikan yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2024 pada 9 malam.

Antara barisan penyanyi popular yang akan menghiburkan pengunjung adalah TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak juga disemangatkan lagi oleh Jom Lokal Jam di Pentas Utama KJH dimana pengunjung boleh mengetengahkan bakat mereka.

Pastikan anda mengambil peluang ini untuk menonjolkan bakat nyanyian, tarian mahupun bermain peralatan muzik kerana Jom Lokal Jam ini terbuka kepada semua.

Bagi penggemar e-sukan terutamanya Mobile Legends, ads berita baik untuk anda kerana buat julung kalinya, Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak akan menganjurkan Jom Esports Championship (JEC) di Kuching.

JEC 2024 akan diadakan secara berperingkat dimana pusingan kelayakan (online) akan bermula dari 20 hingga 21 Januari dan pusingan akhir (offline) akan diadakan pada 27 dan 28 Januari di Dataran

Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM5,000 dan pendaftaran adalah percuma.

Berita Harian X