Sabtu, 5 November 2022 | 10:12am
Hazama (kiri), hos program Sumbang Suara Elly Mazlein (tengah) dan Datuk Awie - FOTO TV3
Hazama (kiri), hos program Sumbang Suara Elly Mazlein (tengah) dan Datuk Awie - FOTO TV3

Suara sumbang boleh raih RM1,000

PROGRAM hiburan seisi keluarga terbitan TV3, Sumbang Suara kembali memeriahkan kaca TV anda untuk musim kedua pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam.

Dihoskan oleh Elly Mazlein, ia turut disertai Datuk Awie dan Hazama sebagai hakim yang akan memberi tindak balas dan komen terhadap video nyanyian peserta yang sememangnya sumbang.

Peserta yang menyertai program ini perlu menyanyi dengan penuh sumbang dan tidak boleh berusaha keras memperbaiki nyanyian kerana para hakim dapat mengenal pasti sama ada peserta benar-benar tidak boleh menyanyi atau hanya berlakon semata untuk kedengaran sumbang.

Peserta Sumbang Suara berpeluang membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000 jika suara mereka terlalu sumbang dan mampu membuatkan para hakim memberi komen yang negatif.

Program ini juga turut menjemput beberapa orang selebriti untuk menyertai segmen istimewa setiap minggu yang dipanggil "Sumbang Suara Edisi Selebriti".

 

Berita Harian X