KUALA LUMPUR: Program realiti kanak-kanak yang menguji kecerdasan minda, fizikal dan kekentalan jiwa, Generasi Z kembali bagi musim kedua mulai Ahad ini, jam 7 malam di TV3.
Program sama dalam versi bahasa Mandarin, The Z Power yang memasuki musim ketiga bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam di 8TV.
Program 10 episod itu masih mengekalkan hos sama, Kapten Harris Alif bersama lapan Wira Z yang bakal menyelesaikan pelbagai cabaran yang pastinya meninggalkan impak positif kepada peserta.
Bagi program The Z Power dihoskan oleh Owen Yap dan Jordan Sen.
Program itu juga boleh distrim secara langsung menerusi www.tonton.com.my, di mana Scott's Gummies dan Multivitamin selaku penaja eksklusif.
Pengurus Besar Kluster, Haleon MSB & Indo-China, Bryan Wong berkata, Scott's Gummies dan Multivitamin yang diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zinc, dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.
Justeru, katanya, pihaknya berbesar hati menjadi penaja eksklusif berikutan peserta yang menyertai program itu terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 11 hingga 13 tahun.
"Apabila bercakap mengenai makanan atau vitamin, golongan kanak-kanak biasanya agak memilih.
"Mereka mempunyai pilihan rasa yang tertentu. Oleh itu, kami memastikan Scott's Gummies dan Multivitamin dapat memberikan manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa bersesuaian dengan cita rasa mereka," katanya.
Tambahnya lagi, berdasarkan kaji selidik dilakukan, Scott's ialah jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia bagi Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-Kanak dan Vitamin C (kanak-kanak).
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Michael Chan; Pengurus Besar Kanan, Kandungan & Pasaran Kreatif Rangkaian Televisyen Media Prima, Farah Shamsudin dan Pengarah Pemasaran Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei, Satadru Bagchi.
Scott's adalah jenama warisan yang lama, terkenal dengan rangkaian emulsi dan DHA.
Scott's juga kini bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott's mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara.
Pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila membeli-belah untuk rasa baharu Scott's Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons.
Selain itu, pengguna membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif bermula hari ini sehingga 26 Oktober depan.
Sempena pelancaran, satu sumbangan akan dibuat untuk organisasi antarabangsa, Smile Train yang menyediakan pembedahan pembetulan kanak-kanak dilahirkan atau hidup dengan sumbing bibir dan lelangit.