KEHIDUPAN Allisya tidak lagi sama apabila dia perlu hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam satu kemalangan tragis.
Pertemuan Allisya dengan Arief yang membawa ke jenjang pelamin menambahkan lagi perit kehidupan Allisya kerana ibu Arief, Puan Sri Sarimah tidak merestui hubungan mereka.
Rasa benci terhadap Allisya menyebabkan Puan Sri Sarimah mendera menantunya secara fizikal dan mental.
Bagaimanapun, Tan Sri Mustapha, bapa Arief, pula melayan Allisya seperti anak perempuannya sendiri.
Derita Allisya semakin parah apabila dia mengetahui punca sebenar kematian abangnya. Bagai ditikam dan dikhianati, Allisya membuat keputusan untuk melarikan diri apabila Tan Sri Mustapha berterus-terang bahawa Arief ialah punca kepada kemalangan tragis abangnya.
Saksikan lakonan daripada barisan pelakon hebat seperti Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff , Anne Abdullah dan Jasmin Hamid.
Drama bersiri 15 episod ini akan ditayangkan setiap Jumaat, bermula 20 Mei sehingga 8 Julai 2022 pada jam 8:30 malam di TV9, slot Diandra.