Sabtu, 19 Jun 2021 | 3:02pm
Pelbagai pilihan telefilem menarik sempena Hari Bapa ditawarkan pada harga RM1 - FOTO tonton CINEMA
Pelbagai pilihan telefilem menarik sempena Hari Bapa ditawarkan pada harga RM1 - FOTO tonton CINEMA

tonton CINEMA tawar telefilem Hari Bapa RM1

JASA dan pengorbanan seorang bapa tiada gantinya. Selepas ibu, bapa adalah individu penting yang bertanggungjawab membesarkan dan mencorakkan kehidupan awal kita.

Justeru, sambutan Hari Bapa wajar dimanfaatkan sebaiknya bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka. 

Sempena sambutan Hari Bapa tahun ini, tonton CINEMA membawakan tayangan istimewa telefilem penuh pengajaran untuk tontonan seisi keluarga.

1. Fatihah Untuk Abah

Image

Setiap hari Dollah hanya ditemani gelak tawa dan gurau senda rakan sekerja. Kehidupan Dollah terus diselubungi rasa sunyi kerana hidup dan tinggal seorang diri.

2. Baju Kebaya Terakhir Bapak

Image

Ikuti kisah penuh duka Pak Suria Kebaya seorang tukang jahit pakaian wanita yang terkenal di kampungnya di Melaka.

3. Pesona Ayah

Image

Kehidupan Izriel semakin huru hara selepas kematian isteri. Demi anak tercinta, Izriel mengalas tanggungjawab dengan penuh sabar walaupun pelbagai cabaran harus ditempuh.

4. Karma Abah

Image

Nasir tergila-gilakan seorang gadis muda sehingga dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Lebih malang, dia sebenarnya ditipu gadis licik itu.

5. Bidadari Walid

Image

Daniel sanggup menempuh pelbagai cabaran untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, hubungan anak dan ayah musnah kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. 

Telefilem hanya RM1

Selain lima telefilem di atas, terdapat banyak lagi pilihan kandungan telefilem menarik yang boleh dilanggan menerusi tonton CINEMA dengan harga RM1. 

Antara telefilem yang popular ialah Pulanglah Abah, Beruk Tok Ayah, Songket Pak Andam, Ayah Tak Pernah Kalah, Kapcai Ayah, Kayuhan Kasih Ayah, Pulang Surat Di Bawah Pintu, Salam Buat Kekasih dan Reza, Arman & Bill. 

Untuk melanggan semua telefilem hebat ini, layari www.cinema.tonton.com.my.

Berita Harian X