Khamis, 18 March 2021 | 6:12pm
Nikmati filem kegemaran anda serendah RM1* ( promosi untuk waktu terhad)
Nikmati filem kegemaran anda serendah RM1* ( promosi untuk waktu terhad)

Cipta ruang pawagam persendirian dengan tonton CINEMA

ANDA tidak akan bosan lagi untuk kekal berada di rumah kerana kini hiburan terbaik akan dibawakan terus ke rumah menerusi tonton CINEMA, sekaligus menjadikannya ruang pawagam persendirian anda.

Anak syarikat Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group telah melancarkan tonton CINEMA iaitu sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Paparan (PPV) yang menawarkan koleksi filem terkini dan malar hijau untuk pilihan hiburan terbaik anda semua.

Caranya begitu mudah, daftar akaun tonton CINEMA di laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan mula strim!

Pawagam anda, aturan anda! Strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada di Malaysia menerusi telefon pintar, komputer, tablet atau komputer riba. Pada masa akan datang, anda juga boleh strim tonton CINEMA menerusi aplikasi TV pintar!

tonton CINEMA dijamin bebas komitmen. Model PPV tonton CINEMA memberikan anda kebebasan untuk bayar apa yang anda tonton sahaja. Anda tidak perlu melanggan sebarang pakej dan nikmati filem kegemaran tanpa bayaran berulang. 

Sempena pelancarannya, tonton CINEMA menawarkan harga promosi istimewa, sewa filem serendah RM1 hanya untuk masa terhad. Setiap filem sah selama 48 jam dan boleh diakses menerusi lima peranti pada masa yang sama. 

Anda juga boleh menikmati kaedah bayaran fleksibel kerana selain pembayaran melalui kad kredit atau kad debit dan perbankan dalam talian, tonton CINEMA juga mesra e-dompet. Pembayaran akan dikenakan terus semasa anda membeli filem untuk ditonton. 

Jadi anda kini tidak perlu gusar lagi dan bersusah payah untuk ke panggung wayang untuk menonton filem kegemaran. Anda hanya perlu strim dalam talian di https://cinema.tonton.com.my dan nikmati pawagam persendirian anda!

Untuk pengetahuan anda juga, tonton CINEMA juga bekerjasama dengan Primeworks Studios dan industri perfileman untuk membawakan kandungan yang berkualiti kepada penonton Malaysia. 

Oleh itu, tonton CINEMA ingin menguar-uarkan kepada para penggiat seni untuk menyumbangkan idea-idea kreatif mereka menerusi platform ini. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad, Dato' Khairul Anwar Salleh, "Sebagai sebuah konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia, ia adalah langkah yang strategik dalam memperluaskan kumpulan sasaran di platform digital dan mempromosikan kandungan tempatan."

Inisiatif ini membuka peluang kepada produksi tempatan untuk meneraju pelbagai genre dalam meluahkan idea-idea kreatif mereka. 

Kongsikan idea-idea kreatif anda dengan menghantarnya kerja pembentangan kepada tonton.cinema@tonton.com.my.

 

Berita Harian X