Selasa, 29 Disember 2020 | 8:11pm
Drama Hadiah Dari Tuhan memaparkan kisah realiti yang dialami rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19
Drama Hadiah Dari Tuhan memaparkan kisah realiti yang dialami rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19

Drama Hadiah Dari Tuhan bawa realiti kehidupan COVID-19

BUAT pengikut setia drama di TV3, anda akan disajikan dengan drama berjudul 'Hadiah Dari Tuhan' yang akan ditayangkan ada setiap, Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam bermula esok.

Drama ini mengisahkan pergolakan hidup tiga remaja daripada latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia diambang serangan wabak COVID-19.

Antara pelakon menjayakan drama ini adalah Riena Diana, Syafi Tee, Sophia Barakbah dan Puteri Rafasya.

Sinopsis Hadiah Dari Tuhan 

Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya,dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah. 

Mereka tinggal bersama nenek  bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap dirumah pangsa PPRT

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa tetapi kedua ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu dia masih kecil. 

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai atuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Berita Harian X