
Tukang jahit Mahani Udit, 34, tidak menang tangan sibuk menghasilkan baju kostum merdeka untuk dijual sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di kedai miliknya Anggerik Rimba Alteration di Kompleks Bukit Jambul di sini. - NSTP/Danial Saad

Amer Narani, 30 (tengah) bersama pengunjung turut sama memakai busana tradisional dan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Payang Walk bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut 31 Ogos ini. - NSTP/Ghazali Kori

Halim Hamid, 46 memulakan menunggang motosikal skuternya jenis Modenas Elegant 150 mengelilingi lapan negeri di semenanjung Malaysia selama 10 hari sejauh 3,500 kilometer (km) sempena Hari Kemerdekaan ke-66. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Muhammad Syahir Rifqi Sanusi, 11 bersama rakan-rakan mengibarkan jalur gemilang di Kampung Pusu Tiga bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut 31 Ogos ini. - NSTP/Ghazali Kori

Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Berangan Enam, Kamaruzaman Md Yasin (kanan) dan Guru Besar, Nurulhuda Ahmad (kiri) berarak di sekitar kampung sempena program Kembara Merdeka. - Foto BERNAMA

Salmi Salleh, 47 (dua kanan) memasang jalur gemilang pada tiang di Kampung Pusu Tiga bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut 31 Ogos ini. - NSTP/Ghazali Kori

Sebahagian peniaga memakai busana melayu tradisional dan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Payang Walk. - NSTP/Ghazali Kori

Sebahagian peserta dimajlis sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan di Dewan MPS Seremban. - NSTP/Dzulkeffli Mustapha

Wan Rahimi Wan Mokhtar menjadikan Jalur Gemilang sebagai menyemarakkan suasana sempena menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini. - NSTP/Farizul Hafiz Awang