
Atlet Pahang, Muhammad Ikbolasen Md Kamal Hussain menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Pahang apabila mengungguli acara 10,000 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Pingat emas pertama acara karate Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 menjadi milik atlet Pulau Pinang, Yong Kojiro. - NSTP/Faiz Anuar

Atlet Perak, Ngu Jia Xia merangkul pingat emas dalam acara lompat tinggi selepas mencatat 1.70 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Atlet Sabah, Andre Anuar mengungguli acara akhir lompat jauh dengan catatan 7.40 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Atlet wushu dari Pulau Pinang, Chuah Shangyang memenangi emas dalam acara nandao lelaki. - NSTP/Hazreen Mohamad

Ratu pecut SUKMA 2022... Atlet dari Pahang, Nor Sarah Adi melakukan catatan 11.91 saat dalam acara 100 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Gelaran raja pecut SUKMA 2022 menjadi milik Muhammad Azeem Mohd Fahmi (tengah) yang mencatat masa 10.25 saat dalam acara 100 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Penyokong pasukan Terengganu memberikan kata semangat kepada pasukan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet Pahang, Muhammad Ikbolasen Md Kamal mengungguli acara akhir larian 5,000 meter. - NSTP/Hazreen Mohamad

Terengganu raih emas selepas memenangi perlawanan akhir sepak takraw berpasukan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Acara menaikkan bendera kejohanan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Obor temasya dinyalakan oleh legenda boling negara, Shalin Zulkifli. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Persembahan pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet dari Melaka, Muhammad Fakhrul Razi Jailani mengungguli acara akhir 20,000m lumba jalan kaki. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Atlet Perlis, Kamal Farhan A Rahman mengungguli acara lempar cakera lelaki akhir di SUKMA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Pelumba Selangor, Siti Natasha Mohd Basri (kiri) mendahului pelumba lain ketika acara akhir lumba basikal BMX di Velodrom Nasional, Nilai. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet menembak Pulau Pinang, Shaveena Mei Jayavan mengungguli acara akhir menembak kategori 10 meter rifle wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Hazreen Mohamad

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi cedera di bahagian hamstring dan dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Institut Sukan Negara. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Pendayung dari Johor mengutip pingat dalam acara kanu. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet gimnastik Pulau Pinang, Ng Chun Chen (dua dari kiri) bersama pasukannya memenangi pingat emas pada pusingan akhir acara Gimnastik Artistik Lelaki Berkumpulan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Atlet tenpin boling Sarawak Lavinia Kho Jia Jie (tengah) raih emas manakala Nur Hazirah Ramli (kiri) menang perak dan pingat gangsa dari Selangor Nur Nais Falilnesa Isman. - Foto BERNAMA

Atlet tenpin boling, Sabah Nevern Netaneel Marcellinus menang pingat emas dalam acara tenpin boling kategori perseorangan lelaki. - Foto BERNAMA

Atlet Gimnastik Pulau Pinang, Ng Chun Chen ketika beraksi pada pusingan akhir acara Gimnastik Artistik. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Atlet gimnastik Pulau Pinang, Ng Chun Chen memenangi pingat emas kategori individu dan berkumpulan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pelumba BMX Terengganu, Saniy Syahmi Mohd Safiee (kiri) dan pelumba BMX Selangor, Siti Natasha Mohd Basri di Velodrom Nasional, Nilai. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pasukan menembak Sarawak memenangi pingat emas acara akhir menembak kategori 50 Meter Rifle Prone wanita. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Atlet kanu pasukan Johor memenangi pingat emas. - Foto BERNAMA

Atlet renang Johor, Yong Qi Ong mengungguli acara akhir renang kategori 400 meter renang campuran. - NSTP/Hazreen Mohamad

Atlet renang Sabah, Yiee Bing Loo memenangi pingat emas acara akhir renang kategori 200 meter gaya bebas. - NSTP/Hazreen Mohamad

Atlet tenpin boling Perak (dari kiri) Nor Baitul Ayu Atisya Mohamad Ayob, Alya Addini Zulamri dan Noratiqah Syauqina Hasmidi meraih pingat emas. - Foto BERNAMA

Atlet tenpin boling Pulau Pinang bersorak selepas meraih kemenangan dalam acara tenpin boling di Sunway Mega Lanes. - Foto BERNAMA

Pemain Wilayah Persekutuan Muhammad Norazwan Mohd Amir (dua kiri) mengasak pemain Pulau Pinang Muhamad Adib Haqimi Mohd Suhairi ketika aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam. - Foto BERNAMA

Atlet Pulau Pinang, Amir Daniel Abdul Majeed (dua kiri) menang emas pada perlawanan akhir judo di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam. - NSTP/Genes Gulitah

Atlet renang Selangor memenangi pingat emas acara akhir renang kategori 4x100 meter wanita gaya bebas. - NSTP/Hazreen Mohamad

Atlet renang Wilayah Persekutuan memenangi pingat emas acara akhir renang kategori 4x100 meter lelaki gaya bebas. - NSTP/Hazreen Mohamad

Aksi atlet Perak, Muhd Amirul Adli (kanan) menentang atlet dari Melaka, Che Wan Mohd Saiful pada perlawanan Muay Thai kategori 51kg di Kompleks Sukan Bukit Kiara. - Foto BERNAMA

Pasukan Bertiga Lelaki Petanque Sabah 1 (dari kiri) Azleysham Azini, Muhammad Syukri Fadel dan Khairul Daniel Elffy Kennedy memenangi emas. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Atlet petanque Johor A (dari kiri) Nur Afiqah Jasni, Siti Nur Syakirin Mohd Kamin dan Nurul Aina Najwa Mohd Taib memenangi emas pada SUKMA 2022 di Arena Petanque Kuala Lumpur. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Pertembungan pemain Terengganu, Daniel Shafik Mohamad (kanan) dan penjaga gol Selangor, Ahmad Azeem Izhar Ahmad Rizal pada aksi separuh akhir di Kompleks Sukan UKM Bangi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Reaksi atlet Kedah, Nur Syazwani Radzi selepas berjaya mengangkat berat 106kg dan memenangi pingat emas bagi kategori 64kg. - NSTP/Aizuddin Saad

Pemain tenis Terengganu, Anja Samia Nayar ketika menentang kakaknya Sara Alisha Nayar dalam acara perseorangan wanita akhir di Kompleks Tenis, Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet kanu Wilayah Persekutuan, Marina Muzaffa raih emas acara akhir slalom flat water. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Atlet Sarawak, Malcolm Ting Siong Hung menang emas dalam pusingan akhir acara golf lelaki individu. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pelumba Perak, Muhammad Syawal Mazlin, beraksi ketika acara akhir Cross Country Olympic Lelaki sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kompleks Taman Cabaran Sukan Lasak, Putrajaya. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pemain Terengganu meraikan kemenangan pingat emas selepas menewaskan pasukan Pulau Pinang dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - NSTP/Hazreen Mohamad

Pemain dan pegawai pasukan Pahang melakukan sujud syukur bagi meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 2-1 ketika acara akhir Hoki Wanita sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Stadium Hoki, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Atlet Renang Sarawak, Puong Wei Hii mengungguli acara akhir renang kategori 100 meter Kuak lentang dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. -NSTP/Hazreen Mohamad

Pemain beregu badminton Melaka, Toh Ee Wei bersama Yap Ling menewaskan pemain beregu Kedah, Cheng Su Hui dan Cheng Su Yin bagi acara beregu wanita badminton akhir pada pada Temasya Sukan Malaysia XX (SUKMA) MSN 2022 di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. - NSTP/Aizuddin Saad