
Aksi atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan memenangi emas pertama Malaysia dalam kategori 55kg. - NSTP/Aswadi Alias

Jurulatih Yon Haryono (kanan) dan pengurus, Amirul Hamizan Ibrahim (tengah) turut meraikan kejayaan Mohamad Aniq Kasdan memenangi pingat emas pertama negara. - NSTP/Aswadi Alias

Atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pemenang pingat perak, Mark Swan (kiri) dan Innocent Nnamdi (gangsa). - Foto BERNAMA

Aksi atlet gimnastik, Ng Joe Ee dalam acara akhir disiplin bola sempena Sukan Komanwel 2022. Ng Joe Ee raih emas kelima negara selepas mendapat mata tertinggi 29.700. - Foto BERNAMA

Mohammad Aniq Kasdan (kanan), Muhamad Aznil Bidin (kiri) dan Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pingat emas yang dimenangi. - Foto BERNAMA

Ng Joe Ee (kanan) dan Izzah Amzan menunjukkan dua pingat emas dan satu pingat gangsa buat negara dalam acara akhir gimnastik berirama. - Foto BERNAMA

Ng Joe Ee dalam acara akhir disiplin riben sempena Sukan Komanwel 2022 Birmingham. - Foto BERNAMA

Muhammad Aznil Bidin yang menang emas (rekod baharu) angkat berat Sukan Komanwel bersama isterinya Aina Izzati Masri, 23, ketika tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas. - Foto BERNAMA

Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang meraih pingat emas sekali gus mencatat rekod baharu Sukan Komanwel 2022 bagi kategori 61kg tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing membalas hantaran lawannya dari Singapura Hee Yong Kai Terry dan Tan Jessica pada aksi badminton separuh akhir Sukan Komanwel 2022. - Foto BERNAMA

Ooi Tze Liang ketika melakukan aksi terjun dalam dalam acara 3m papan anjal individu lelaki akhir. - NSTP/Aswadi Alias

Ng Tze Yong menyingkirkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada saingan suku akhir Sukan Komanwel dengan 15-21, 21-14, 21-11. - NSTP/Aswadi Alias

Datuk Pandelela Rinong bersama Nur Dhabitah Sabri melakukan aksi terjunan dalam acara 10m seirama wanita akhir. - Foto BERNAMA

Grace Wong Xiu membuat balingan kedua dalam acara akhir baling tukul besi pada Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander. - Foto BERNAMA

Atlet gimnastik negara Ng Joe Ee (tengah) bergambar bersama pemenang pingat perak dari Scotland, Christie Louise (kiri) dan pingat gangsa dari Kanada, Carmel Kallema. - Foto BERNAMA

Ng Yan Yee bersama Nur Dhabitah Sabri (belakang) melakukan aksi terjunan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita akhir di Sandwell Aquatics Centre. - Foto BERNAMA

Atlet terjun Nur Dhabitah Sabri (kanan) bersama Ng Yan Yee meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama. - Foto BERNAMA

(Dari kiri) Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad menyumbang pingat perak dalam acara boling padang kategori triples wanita. - Foto BERNAMA

Reaksi penduduk Birmingham teruja melihat lembu jantan gergasi yang dipamerkan di Victoria Square sempena Sukan Komanwel 2022. - NSTP/Aswadi Alias

Sebahagian Kelab Penyokong Malaysia untuk Sukan Komanwel 2022 hadir memberi sokongan kepada atlet negara. - NSTP/Aswadi Alias