Ahad, 5 Mei 2024 | 10:25pm
Pemandangan dari helikopter menunjukkan pondok safari berhampiran sungai dalam kawasan banjir berikutan hujan lebat di wilayah Talek, Rizab Negara Maasai Mara di barat daya Kenya. - Foto REUTERS
Pemandangan dari helikopter menunjukkan pondok safari berhampiran sungai dalam kawasan banjir berikutan hujan lebat di wilayah Talek, Rizab Negara Maasai Mara di barat daya Kenya. - Foto REUTERS

Kematian akibat banjir di Kenya, Brazil meningkat

NAIROBI: Angka mangsa terbunuh akibat banjir besar dan hujan lebat yang membadai Kenya meningkat kepada 228 orang, maklum Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan cuaca diramalkan bertambah buruk bulan ini.

Dalam satu kenyataan, kementerian memberitahu banjir selanjutnya dijangka berlaku di kawasan rendah, tebing sungai dan bandar manakala tanah runtuh berisiko berlaku di kawasan yang bercerun curam, lereng dan lurah.

Banjir turut memusnahkan rumah, jalan raya, jambatan dan infrastruktur lain di seluruh Afrika Timur.

Sekurang-kurangnya 164 orang cedera akibat buruk, manakala 212,630 lagi hilang tempat tinggi.

Pemandangan dari udara menunjukkan jalan yang ditenggelami air di kejiranan Navegantes di Porto Alegre, negeri Rio da Grande do, Brazil. - Foto AFP
Pemandangan dari udara menunjukkan jalan yang ditenggelami air di kejiranan Navegantes di Porto Alegre, negeri Rio da Grande do, Brazil. - Foto AFP

Sementara itu di Sao Paulo, Brazil, angka kematian akibat hujan lebat yang menenggelami negeri selatan Brazil, Rio Grande do Sul, meningkat kepada sekurang-kurangnya 66 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Jumlah orang yang masih hilang meningkat kepada 101 dan lebih 80,000 telah dipindahkan, menurut pihak berkuasa pertahanan awam negeri, yang turut menyiasat sama ada enam lagi kematian ada kaitan dengan ribut itu.

Ribut sejak beberapa hari lalu menjejaskan kira-kira dua pertiga daripada hampir 500 bandar di negeri itu, yang bersempadan dengan Uruguay dan Argentina.

Banjir memusnahkan jalan dan jambatan di beberapa kawasan. Hujan juga telah mencetuskan tanah runtuh dan sebahagian runtuh empangan di loji janakuasa hidroelektrik kecil. - REUTERS

Berita Harian X