Sabtu, 13 April 2024 | 7:31pm
Seorang pembeli keluar dari pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas kejadian tikaman di Sydney, hari ini. -AFP
Seorang pembeli keluar dari pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas kejadian tikaman di Sydney, hari ini. -AFP

Terkini: Enam termasuk kanak-kanak maut ditikam di pusat beli-belah Sydney

SYDNEY: Angka kematian insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bondi Junction, Sydney, hari ini, meningkat kepada enam orang termasuk seorang kanak-kanak.

Mangsa keenam adalah ibu kepada kanak-kanak yang masih dirawat di hospital dengan kesan tikaman, lapor The Sydney Morning Herald.

Sementara itu, jurucakap polis New South Wales memberitahu AFP: "Seorang terakhir meninggal dunia di hospital".

Katanya, penyerang telah ditembak mati di tempat kejadian oleh seorang polis wanita kanan. -AGENSI

Berita Harian X