Sabtu, 13 April 2024 | 4:13pm
Polis mengepung pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas insiden tikaman di Sydney, hari ini. -AFP
Polis mengepung pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas insiden tikaman di Sydney, hari ini. -AFP

Terkini: 5 maut ditikam di pusat beli-belah

SYDNEY: Polis Australia menembak mati seorang penyerang yang dipercayai membunuh lima orang dengan pisau di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Asisten Komisioner New South Wales, Anthony Cooke, mengesahkan perkara itu pada sidang media.

"Saya dimaklumkan bahawa terdapat lima mangsa yang terbunuh kerana tindakan penyerang," katanya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai beberapa orang ditikam di pusat beli-belah berkenaan.

Insiden itu berlaku di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction, yang ketika itu sesak dengan orang ramai.

Susulan kejadian itu, premis berkenaan dikunci dan polis menggesa orang ramai untuk mengelak ke kawasan terbabit.

Ambulans New South Wales memberitahu seorang lelaki ditembak mati oleh polis.

Dipercayai lelaki yang ditembak itu adalah seorang penyerang.

Bagaimanapun, motif serangan tidak jelas. - AFP

Berita Harian X