Jumaat, 1 March 2024 | 9:09am
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Saintis bantu gelandangan tangani gelomba haba di Australia

SYDNEY: Pasukan penyelidik melancarkan satu inisiatif untuk melindungi gelandangan pada musim panas terik di Australia dengan menyediakan hab penyejukan mudah alih pertama di negara itu.

Ia disediakan pada hari panas di taman bandar berhampiran tempat komuniti gelandangan berkumpul dan menyediakan makanan, kipas, air sejuk dan ruang untuk bersembang.

Semalam, suhu di Sydney melonjak sehingga 39 darjah Celsius dan dijangka akan berterusan untuk tempoh tertentu.

Melalui hab yang diletakkan di bawah khemah putih, penduduk tempatan boleh duduk di deretan kerusi menghadap kipas industri besar sambil makan dan berbual.

Timothy English dari Universiti Sydney, yang juga penyelidik utama projek itu, berkata gelombang haba membunuh lebih ramai orang berbanding bencana alam lain tetapi ramai yang jarang menyedari ia boleh membawa maut.

"Maksud saya gempa bumi, banjir dan sebagainya... ia sangat jelas tetapi untuk haba... ia tidak mempunyai kejutan itu seperti itu, sebaliknya membunuh secara senyap," katanya kepada Reuters.

Projek itu adalah kerjasama antara Universiti Sydney, Hospital St Vincents Sydney, Universiti Teknologi Sydney, Universiti Teknologi Queensland dan City of Sydney. - REUTERS

Berita Harian X