Rabu, 28 Februari 2024 | 6:13pm
Seorang kanak-kanak Palestin menangis dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan kem Maghazi bagi pelarian Palestin yang musnah dibedil Israel di Tebing Gaza. - AFP
Seorang kanak-kanak Palestin menangis dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan kem Maghazi bagi pelarian Palestin yang musnah dibedil Israel di Tebing Gaza. - AFP

Angka korban di Palestin cecah 29,954 orang

SEMENANJUNG GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza hari ini memaklumkan, sekurang-kurangnya 29,954 orang terbunuh di wilayah Palestin sejak meletusnya perang menentang Israel.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, jumlah korban turut merangkumi sekurang-kurangnya 76 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada masa sama, seramai 70,325 orang dilaporkan cedera sejak konflik bermula pada 7 Oktober tahun lalu. - AFP

Berita Harian X