Rabu, 21 Februari 2024 | 2:08pm
Kenderaan petugas kesihatan membawa keluar pesakit dari Khan Yunis. - Foto AFP
Kenderaan petugas kesihatan membawa keluar pesakit dari Khan Yunis. - Foto AFP

2 terbunuh dalam serangan Israel ke atas pusat perlindungan MSF di Gaza

WASHINGTON: Israel menyerang sebuah pusat perlindungan yang dimiliki oleh badan amal perubatan 'Doctors Without Borders' (MSF) di Semenanjung Gaza pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan enam yang lain.

Menerusi hantaran di platform X, organisasi itu berkata, tentera Israel menyerang pusat perlindungan yang menempatkan kakitangan MSF dan keluarga mereka dalam kejadian di Al Mawasi, Khan Yunis.

"Kami sangat terkejut dengan apa yang telah berlaku," kata MSF, lapor Agensi Anadolu.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, membunuh lebih 29,195 warga Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan keperluan asas yang membawa kepada krisis kemanusiaan di Gaza. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Harian X