Sabtu, 23 Disember 2023 | 2:11pm
Berlian dilelong Geneva, Switzerland, November lalu. - Foto REUTERS
Berlian dilelong Geneva, Switzerland, November lalu. - Foto REUTERS

Afrika Tengah sedia benarkan Russia lombong berlian

BANGUI: Republik Afrika Tengah bersedia membincangkan perlombongan berlian dengan Russia, kata Menteri Luarnya, Sylvie Baipo-Temon kepada Sputnik.

"Mana-mana negara yang bersedia membantu memberi nilai kepada sumber-sumber kami, membangunkan negara kami dan meningkatkan tahap kesejahteraan penduduk negara ini, kami terbuka kepada mereka.

"Jika Russia berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama ekonominya melalui ekstrak sumber, mereka dialu-alukan ke negara ini.

"Kami mempunyai kod perlombongan, beberapa prosedur tertentu yang mesti dipatuhi. Mereka dijemput mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan," kata menteri itu, ketika ditanya sama ada Bangui bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat Russia mengenai perlombongan berlian di negara Afrika itu. – BERNAMA-SPUTNIK

Cincin berlian dilelong oleh Christie di New York. - Foto hiasan AFP
Cincin berlian dilelong oleh Christie di New York. - Foto hiasan AFP

Berita Harian X