Khamis, 14 September 2023 | 6:10pm
Bakteria legionella longbeachae sering ditemui dalam produk tanah dan boleh menyebabkan penyakit Legionnaires, jika seseorang terhidu debu daripada produk berkebun yang tercemar. - Foto hiasan
Bakteria legionella longbeachae sering ditemui dalam produk tanah dan boleh menyebabkan penyakit Legionnaires, jika seseorang terhidu debu daripada produk berkebun yang tercemar. - Foto hiasan

New South Wales keluar amaran penyakit Legionnaires

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan negeri New South Wales (NSW) Australia pada Khamis mengeluarkan amaran mengenai penyakit Legionnaires, menggesa pekebun mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengendalikan campuran tanaman pasu, sungkupan dan kompos, lapor Xinhua.

Kementerian Kesihatan NSW menganggarkan terdapat 54 kes dilaporkan setakat tahun ini, manakala 132 kes dilaporkan tahun lepas.

Bakteria legionella longbeachae sering ditemui dalam produk tanah dan boleh menyebabkan penyakit Legionnaires, jika seseorang terhidu debu daripada produk berkebun yang tercemar.

Gejala penyakit termasuk demam, menggigil, batuk, sesak nafas, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan dan cirit-birit.

"Sebelum membuka beg, pakai topeng dan sarung tangan supaya anda tidak menghidu debu atau terkena pada tangan anda. Membasahi campuran pasu, sungkupan atau kompos boleh mengurangkan habuk yang bertiup ke udara," kata pengarah eksekutif Perlindungan Kesihatan Kementerian Kesihatan Health, Jeremy McAnulty.

"Kebanyakan orang yang terhidu bakteria tidak menjadi sakit, tetapi risiko jangkitan meningkat jika anda lebih tua, perokok, atau mempunyai sistem imun yang lemah," tambahnya.

Menurut Kementerian Kesihatan NSW, penyakit Legionnaires biasanya boleh disembuhkan dengan antibiotik, tetapi dalam beberapa kes, ia mungkin memerlukan penjagaan hospital dan boleh membawa maut bagi sesetengah orang. – BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X