Khamis, 25 Mei 2023 | 3:52pm
Asap tebal di bangunan tujuh tingkat yang terbakar di Sydney, hari ini. - Foto AFP
Asap tebal di bangunan tujuh tingkat yang terbakar di Sydney, hari ini. - Foto AFP

Kebakaran bangunan di Sydney merebak

SYDNEY: Kira-kira 100 anggota bomba bertungkus lumus untuk memadamkan api yang sedang marak di bangunan tujuh tingkat dan orang ramai diberi amaran api itu mungkin akan merebak ke bangunan lain.

"Bangunan itu mula runtuh, manakala api mula merebak ke beberapa bangunan terdekat termasuk kediaman jenis pangsapuri di kawasan itu," kata bomba dalam satu kenyataan

Pasukan bomba Sydney memberi amaran kepada orang ramai supaya berjaga-jaga berikutan kebakaran besar yang menyambar sebuah bangunan berhampiran pusat bandar, hari ini.

Bomba dan Penyelamat New South Wales dalam satu kenyataan di media sosial meminta orang ramai untuk tidak melalui kawasan berkenaan kerana api sedang marak dengan asap tebal menyelubungi bangunan berhampiran stesen di bandar berkenaan.

Terdapat juga gambar yang disiarkan di media sosial yang menunjukkan api sedang marak sehingga keluar daripada tingkap bangunan dengan ketinggian antara lima atau enam tingkat. - AFP

Gambar dari Facebook menunjukkan kebakaran besar di Sydney. - Foto AFP
Gambar dari Facebook menunjukkan kebakaran besar di Sydney. - Foto AFP

Anggota bomba mengawal kebakaran di Sydney. - Foto AFP
Anggota bomba mengawal kebakaran di Sydney. - Foto AFP

Berita Harian X