BRUSSELS: Dunia diramal mencecah rekod suhu purata baharu pada 2023 atau 2024 susulan perubahan iklim dan fenomena cuaca El Nino, kata saintis iklim.
Menurut pakar iklim bahawa selepas tiga tahun keadaan La Nina di Lautan Pasifik yang secara amnya menurunkan sedikit suhu global sedikit menurun, manakala dunia akan mengalami semula fenomena El Nino akhir tahun ini.
Pengarah Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) Carlo Buontempo berkata, El Nino biasanya dikaitkan dengan rekod suhu di peringkat global dan fenomena terbabit dijangka sama ada berlaku pada tahun 2023 atau 2024.
Terdahulu, tahun 2016 pernah merekodkan tahun paling panas di dunia.
Perkara berkenaan mencerminkan trend pemanasan jangka panjang yang didorong oleh pelepasan gas rumah hijau.
Pensyarah Kanan Imperial College London's Grantham Institute, Friederike Otto, berkata El Nino akan menyebabkan kesan buruk seperti perubahan iklim yang sedang dialami negara, termasuk gelombang haba yang teruk, kemarau dan kebakaran hutan.
"Sekiranya El Nino semakin meluas, ada kemungkinan besar 2023 akan menjadi tahun yang lebih panas berbanding tahun 2016 susulan manusia akan terus membakar bahan api fosil.
Saintis EU Copernicus dalam laporan berkata, penilaian situasi ekstrim yang dialami dunia pada tahun lalu adalah tahun kelima paling panas dalam rekod.
Eropah mengalami musim panas paling buruk dalam rekod pada 2022, manakala hujan melampau akibat perubahan iklim telah menyebabkan banjir besar di Pakistan pada Februari lalu, manakala paras ais laut di Antartika mencecah paras terendah. - REUTERS