MAKKAH: Lebih 2.5 juta umat Islam seluruh dunia termasuk jemaah umrah menghadiri majlis khatam al-Quran pada malam ke-28 Ramadan di Masjidil Haram.
Saudi Gazette melaporkan, majlis khatam menandakan selesainya bacaan al-Quran sepanjang solat Tarawih.
Ketua Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al Sudais mengetuai solat di Masjidil Haram dengan jemaah melebihi dua juta orang.
Dua masjid suci penuh dengan jemaah dan pekarangan serta jalan sekitarnya juga sesak.
Pihak berkuasa Saudi sebelum ini mengeluarkan peraturan keselamatan sepanjang Ramadan yang membolehkan umat Islam menjalani ibadah dengan baik dan selesa.
Ketika memimpin solat, Syeikh Al-Sudais memohon kepada Allah SWT supaya mengampuni semua umat Islam pada malam yang penuh keberkatan itu dan menyelamatkan umat daripada api negara.
Beliau juga berdoa memohon perlindungan buat kerajaan, pemimpin, dan semua umat negara Islam daripada kejahatan dan memberikan keselamatan, keamanan dan kestabilan. - AGENSI