Isnin, 20 Februari 2023 | 12:26pm
Seorang maut dalam kebakaran di Sydney, hari ini. - Foto hiasan AFP
Seorang maut dalam kebakaran di Sydney, hari ini. - Foto hiasan AFP

Seorang maut, pangsapuri terbakar di Sydney

SYDNEY: Seorang maut, manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pangsapuri di Sydney, Australia pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat New South Wales, kejadian berlaku di Young Street di Croydon, barat Sydney, kira-kira 5.45 pagi waktu tempatan.

Sebanyak 12 jentera dan lebih 40 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah, sebelum merebak ke tingkat atas.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – BERNAMA

Berita Harian X