Ahad, 22 Januari 2023 | 10:37am
Chris Hipkins (kiri) dan Carmel Sepuloni meninggal mesyuarat kaukus Parti Buruh bagi memilih Perdana Menteri baharu di Parlimen di Wellington. - Foto AFP
Chris Hipkins (kiri) dan Carmel Sepuloni meninggal mesyuarat kaukus Parti Buruh bagi memilih Perdana Menteri baharu di Parlimen di Wellington. - Foto AFP

Carmel Sepuloni dinamakan TPM New Zealand

WELLINGTON: Bakal Perdana Menteri baharu New Zealand, Chris Hipkins hari ini menamakan Carmel Sepuloni sebagai timbalannya.

Hipkins, 44, mengumumkan pelantikan Sepuloni pada sidang media selepas Parti Buruh yang memerintah mengesahkan Hipkins sebagai pengganti Jacinda Ardern sebagai ketua parti dan perdana menteri.

Sepuloni, 46, berketurunan Samoa, Tonga dan New Zealand Eropah dan tinggal di Auckland. Beliau memegang beberapa portfolio, termasuk pembangunan sosial dan pekerjaan serta seni, budaya dan warisan.

Sementara itu Hipkins dilihat individu yang layak untuk jawatan Perdana Menteri dan pengesahan dilakukan oleh 64 Ahli Parlimen, yang dikenali sebagai kaukus Buruh, sebahagian besarnya adalah formaliti.

Hipkins berkata, beliau mendapat sokongan daripada rakan pimpinan untuk mengambil alih tugas itu.

Ini berikutan, Khamis lalu, Ardern membuat kejutan apabila mengumumkan pengundurannya daripada kerajaan.

Pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada tahun 2008, nama Hipkins menjadi sebutan berikutan menguruskan tindak balas kerajaan terhadap wabak COVID-19.

Pada Julai 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan sebelum menjadi menteri tindak balas COVID pada akhir tahun. - REUTERS

Berita Harian X