Selasa, 23 Ogos 2022 | 8:58pm
Pasukan keselamatan Ukraine dalam majlis di bandar Lviv, hari ini. - Foto AFP
Pasukan keselamatan Ukraine dalam majlis di bandar Lviv, hari ini. - Foto AFP

Arab Saudi ucap tahniah sempena ulang tahun kemerdekaan Ukraine

JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sempena ulang tahun kemerdekaan dari Russia.

Memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), Raja Salman merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan presiden sentiasa sihat dan bahagia serta rakyat Ukraine terus maju.

Putera Mahkota Mohammed Salman dan Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Zelensky atas ulang tahun kemerdekaan negaranya yang ke-31.

Dalam mesejnya, Putera Mahkota mendoakan pemimpin itu sentiasa sihat dan rakyat Ukraine sentiasa maju dan maju. - AGENSI

Bunga berdasarkan warna bendera Ukraine di pintu masuk Pejabat Perdana Menteri, 10 Downing Street, London. - Foto AP
Bunga berdasarkan warna bendera Ukraine di pintu masuk Pejabat Perdana Menteri, 10 Downing Street, London. - Foto AP

Berita Harian X