GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan dua kematian baharu disebabkan jangkitan cacar monyet, sejak kemas kini wabak itu pada 27 Jun lalu.
Dengan angka kematian baharu itu, ia sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak tiga orang sejak awal tahun ini.
Menurut WHO, pihaknya juga mengesan wabak itu menular ke beberapa kawasan baharu.
Kes meningkat 77 peratus sejak laporan terakhir setakat 6,027 kes.
WHO berkata, sebahagian besar kes dilaporkan di rantau Eropah. Bagaimanapun, tiga kes kematian baharu dilaporkan di Afrika.
Kemas kini data menunjukkan lebih 99 peratus kes adalah dalam kalangan lelaki.
"Wabak ini terus memberi kesan terutamanya kepada lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki yang melaporkan melakukan hubungan seks baru-baru ini, dengan satu atau beberapa pasangan lelaki dengan menunjukkan tiada isyarat penularan berterusan di luar rangkaian buat masa ini," katanya.
Agensi PBB yang berpangkalan di Geneva itu akan bermesyuarat semula dengan jawatankuasa yang akan memberi nasihat untuk mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam berkata ia tahap amaran tertinggi WHO yang mana akan diisytiharkan pada minggu bermula 18 Julai atau lebih awal.
Beliau juga dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pagi ini.
Perkara itu disahkan jurucakap WHO namun tidak memberikan sebarang perincian.
Berdasarkan data WHO, kes cacar monyet di Sepanyol menyaksikan negara itu merekodkan sebanyak 802 kes setakat ini. - REUTERS