Jumaat, 10 Jun 2022 | 4:27pm
Batu dari asteroid Ryugu yang dibawa balik oleh siasatan angkasa Hayabusa2. - Foto JAXA/Yomuiri Shimbun
Batu dari asteroid Ryugu yang dibawa balik oleh siasatan angkasa Hayabusa2. - Foto JAXA/Yomuiri Shimbun

Sampel asteroid mengandungi 'petunjuk asal usul kehidupan'

TOKYO: Debu asteroid yang dikumpulkan angkasawan penyiasat Jepun mengandungi bahan organik yang menunjukkan sesetengah blok binaan kehidupan di bumi mungkin sudah terbentuk di angkasa, kata saintis, hari ini.

Bahan asli dari asteroid Ryugu dibawa kembali ke bumi pada 2020 selepas misi enam tahun ke ruang angkasa yang mempunyai jarak sejauh 300 kilometer.

Bagaimanapun, penemuan sains itu hanyalah permulaan untuk menjelajah rahsia dalam kajian pertama mengenai sebahagian kecil daripada 5.4 gram habuk dan batu-batu kecil yang gelap.

Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan hari ini, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Universiti Okayama di barat Jepun memaklumkan, mereka menemui 'asid amino dan bahan organik lain yang boleh memberi petunjuk kepada asal usul kehidupan di bumi'.

"Penemuan asid amino pembentuk protein adalah penting, kerana Ryugu tidak terdedah kepada biosfera bumi seperti meteorit dan pengesanan itu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya beberapa blok binaan kehidupan di bumi boleh terbentuk di ruang angkas," kata kajian itu.

Pasukan saintis itu berkata, mereka menemui 23 jenis asid amino yang berbeza ketika menjalankan pemeriksaan sampel yang dikumpul oleh pasukan penyiasat Hayabusa-2 Jepun pada 2019.

Debu dan batu dikacau apabila kapal angkasa bersaiz peti sejuk menembak 'impaktor' ke dalam asteroid.

"Sampel Ryugu mempunyai ciri paling primitif daripada mana-mana sampel semula jadi yang tersedia untuk manusia termasuk meteorit," kata Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) dalam satu kenyataan.

Dipercayai sebahagian daripada bahan itu tercipta kira-kira lima juta tahun selepas sistem suria terbentuk dan tidak dipanaskan melebihi 100 darjah Celsius.

Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menjelaskan, bahan itu mempunyai 'komposisi kimia yang lebih menyerupai fotosfera Matahari berbanding sampel semula jadi yang lain'.

Pakar astrobiologi dan Profesor Emeritus di Universiti Kebangsaan Yokohama, Kensei Kobayashi, memuji penemuan itu.

"Saintis mempersoalkan bagaimana bahan organik termasuk asid amino terbentuk atau dari mana ia berasal, dan fakta bahawa asid amino ditemui dalam sampel menimbulkan persoalan asid amino dibawa ke bumi dari angkasa lepas," katanya kepada AFP.

Satu lagi teori arus perdana mengenai asal usul asid amino ialah ia dicipta dalam atmosfera primitif bumi melalui panahan petir, contohnya selepas bumi menjadi sejuk. - AFP

Berita Harian X