Jumaat, 8 April 2022 | 5:37pm
Pembeli menyemak harga barangan di pasar raya di utara St Louis, Missouri, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Pembeli menyemak harga barangan di pasar raya di utara St Louis, Missouri, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

Harga makanan dunia cecah paras tertinggi sejak 1990

PARIS: Harga makanan dunia mencecah paras tertinggi pada sepanjang Mac apabila pencerobohan Russia ke atas Ukraine menyebabkan "kejutan" terhadap pasaran untuk bijirin ruji dan minyak sayuran, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Gangguan dalam aliran eksport akibat pencerobohan 24 Februari lalu dan sekatan antarabangsa terhadap Russia telah mencetuskan kebimbangan terhadap krisis kelaparan global, terutamanya di seluruh Asia Barat dan Afrika, di mana kesannya sudah mula berlaku.

Russia dan Ukraine, dengan kawasan penanaman bijirin yang luas adalah antara pengeluar utama dunia, menyumbang sebahagian besar eksport dunia dalam beberapa komoditi utama seperti gandum, minyak sayuran dan jagung.

"Harga komoditi makanan dunia membuat lonjakan ketara pada Mac untuk mencapai paras tertinggi mereka, ketika perang di rantau Laut Hitam menyebarkan kejutan melalui pasaran untuk bijirin ruji dan minyak sayuran," kata FAO dalam satu kenyataan.

Indeks harga makanan FAO, yang telah melaporkan rekod pada Februari, melonjak sebanyak 12.6 peratus bulan lalu, "membuat lonjakan gergasi ke tahap tertinggi baharu sejak penubuhannya pada 1990", kata agensi PBB itu. - AFP

Berita Harian X