Selasa, 22 March 2022 | 9:34pm
Menurut pangkalan data WHO, jumlah kes baharu COVID-19 di Eropah turun mendadak selepas mengalami lonjakan pada akhir Januari, tetapi telah meningkat semula sejak awal bulan ini. - Foto AFP
Menurut pangkalan data WHO, jumlah kes baharu COVID-19 di Eropah turun mendadak selepas mengalami lonjakan pada akhir Januari, tetapi telah meningkat semula sejak awal bulan ini. - Foto AFP

Beberapa negara Eropah tarik balik sekatan COVID-19 terlalu melulu

CHISINAU: Beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Britain, menarik balik sekatan COVID-19 yang terlalu melulu dan kini menyaksikan peningkatan kes yang mungkin disebabkan oleh varian BA2 yang lebih mudah ditularkan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge, pada sidang akhbar di Moldova memaklumkan, beliau 'optimis namun tetap berwaspada' berkaitan perkembangan pandemik di Eropah.

Katanya, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di 18 daripada 53 negara di benua Eropah.

"Terdapat negara yang mempunyai peningkatan tertentu iaitu United Kingdom, Ireland, Greece, Cyprus, Perancis, Itali dan Jerman," katanya.

Katanya, sebab utama peningkatan itu berkemungkinan varian BA2, yang lebih mudah ditularkan namun kurang berbahaya daripada varian lain.

Pengarah Wilayah WHO Eropah, Hans Kluge. Foto AGENSI
Pengarah Wilayah WHO Eropah, Hans Kluge. Foto AGENSI

"Justeru, negara-negara itu boleh menarik balik sekatan yang terlalu kejam daripada terlalu banyak kepada yang kurang sedikit," katanya.

Menurut pangkalan data WHO, jumlah kes baharu COVID-19 di Eropah turun mendadak selepas mengalami lonjakan pada akhir Januari, tetapi telah meningkat semula sejak awal bulan ini.

Sepanjang tempoh tujuh hari lalu, lebih 5.1 juta kes baharu dan 12,496 kematian dilaporkan di benua Eropah.

Itu menjadikan jumlah kes sejak permulaan pandemik kepada hampir 194.4 juta dan jumlah kematian kepada lebih 1.92 juta. - AFP

Berita Harian X