Sabtu, 4 Disember 2021 | 12:12pm
Puncak K2 antara pendakian yang sukar. - Gambar hiasan
Puncak K2 antara pendakian yang sukar. - Gambar hiasan

Pendaki temui mayat idola

LAHORE: Pendaki gunung Pakistan, Shehroze Kashif berdepan pelbagai bahaya ketika mendaki Gunung Everest dan puncak K2, tetapi detik sukar ialah dia menemui mayat di lereng gunung.

Kashif yang baru sahaja berusia 19 tahun, apabila dia menjadi orang termuda yang sampai di kedua-dua kemuncak tertinggi dunia di Gunung Everest dan K2.

Di K2, di bawah hamparan terkenal yang dikenali sebagai sebagai Bottleneck, dia menemui mayat John Snorri dari Iceland, Juan Pablo Mohr dari Chile dan legenda pendaki Pakistan, Ali Sadpara.

"Saat paling emosi bagi saya ketika melepasi pendaki itu. Mayat wira negara Pakistan," kata Kashif kepada AFP dalam satu temu bual.

Ramai warga Pakistan aktif dalam pendakian gunung, namun Sadpara menjadi segelintir yang berada dalam kelompok elit yang dikuasai pendaki Barat.

Pada 5 Februari lalu, Sadpara diisyiharkan hilang bersama Snorri dan Mohr.

Lima bulan kemudian, mayat mereka ditemui pada 26 Julai dan Kashif melakukan perkara hebat menawan puncak itu pada waktu subuh, keesokan harinya. - AFP

Pendaki Pakistan, Shehroze Kashif menunjukkan gambarnya ketika mendaki Gunung Everest dan K2. - Foto AFP
Pendaki Pakistan, Shehroze Kashif menunjukkan gambarnya ketika mendaki Gunung Everest dan K2. - Foto AFP

Berita Harian X