Sabtu, 20 November 2021 | 6:57pm
Antara penunjuk perasaan yang menyertai protes a 'Perhimpunan Kebebasan Sejagat' bagi membantah inokulasi mandatori bagi COVID-19 di Melbourne, Australia. - Foto EPA
Antara penunjuk perasaan yang menyertai protes a 'Perhimpunan Kebebasan Sejagat' bagi membantah inokulasi mandatori bagi COVID-19 di Melbourne, Australia. - Foto EPA

Beribu berhimpun bantah vaksinasi COVID-19 di Australia

MELBOURNE: Ribuan penunjuk perasaan yang mengecam vaksinasi COVID-19 berkumpul di beberapa bandar sekitar Australia ketika perhimpunan balas yang lebih kecil menyokong langkah kesihatan turut berarak.

Penunjuk perasaan menentang mandat vaksin itu kerana ia tidak menyeluruh dan hanya digunakan untuk sektor pekerjaan tertentu oleh pihak berkuasa negeri.

Di Melbourne, beribu orang menggesa pemimpin negeri, Daniel Andrews, dipenjarakan dan menyuarakan kemarahan terhadap isu pandemik yang kontroversi.

Di Sydney pula 10,000 berkumpul termasuk seorang penunjuk perasaan berpakaian seperti pejuang kemerdekaan Scotland, William Wallace, daripada filem 'Braveheart' dan seorang lagi berpakaian sebagai bekas Presiden AS, Donald Trump.

Tiada laporan mengenai pertembungan atau laungan menuntut 'hukuman gantung' mahupun desakan 'menggantung' mana-mana pemimpin, seperti mana kedengaran pada protes di Melbourne sebelum ini hingga mencetuskan kebimbangan keganasan.

Program vaksinasi Australia kekal secara sukarela dengan lebih 85 peratus penduduk penduduk berusia usia 16 tahun ke atas lengkap divaksin dua dos.

Ahli politik Persekutuan sayap kanan, Craig Kelly, berkata di Australia di mana budaya fanatik mempengaruhi birokrasi kesihatan, mereka mengatakan tidak mengapa untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak.

Ahli Parlimen pembangkang dari Canberra itu sering menghebahkan maklumat salah dan teori konspirasi menentang program inokulasi COVID-19 sepanjang musim pandemik.

Sementara itu, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan turut berkumpul di Melbourne untuk menentang perhimpunan anti vaksinasi.

Australia merekodkan lebih 195,000 kes dan 1,933 kematian yang dikaitkan dengan virus itu dalam kalangan penduduk lebih 25 juta sejak wabak itu bermula. - AFP

Berita Harian X