Khamis, 14 Oktober 2021 | 5:25pm
Album perpisahan The Beatles 'Let It Be' sebenarnya dirakam sebelum mereka masuk ke studio untuk 'Abbey Road'. - Foto AFP
Album perpisahan The Beatles 'Let It Be' sebenarnya dirakam sebelum mereka masuk ke studio untuk 'Abbey Road'. - Foto AFP

The Beatles kembali dengan pengakhiran lebih gembira

PARIS: The Beatles kembali pada musim luruh ini dengan episod barunya, album akhir yang diterbitkan semula dan dokumentari yang begitu dinanti-nantikan.

Album 'Let It Be', yang diterbitkan pada 1970, sudah lama dianggap sebagai album perpisahan kepada kumpulan rock legenda itu.

Itu sebahagiannya, kerana ia adalah album terakhir diterbitkan mereka, disusuli penghasilan dokumentari yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan empat anggota kumpulan itu.

Namun tidak mudah, 'Let It Be' sebenarnya dirakam sebelum 'Abbey Road' pada 1969, namun tersimpan di rak selama setahun kerana kumpulan ini tidak berpuas hati dengan penghasilannya.

Hakikatnya, Paul McCartney tidak pernah puas, selepas dikeluarkan dari sesi kerjasama dengan penerbit terkenal, Phil Spector.

Remix baru album oleh Giles Martin, anak kepada pengarah The Beatles, George Martin, bertujuan untuk mendekatkannya dengan kumpulan.

Namun, bercakap kepada NME minggu ini, Giles Martin mengakui masalah utama McCartney berdasarkan apa yang terjadi adalah beliau biasanya memiliki banyak input dalam penyusunan dan sukar bekerja dengan Spector.

Lebih penting bagi kisah kumpulan ini, dokumentari baru 'The Beatles: Get Back' yang dikeluarkan bulan depan oleh pengarah 'Lord of the Rings', Peter Jackson.

Beliau menghabiskan banyak masa untuk menunjukkan sisi yang lebih optimis dari filem asalnya dalam 'Let It Be.

Pengarang The Daily Beatle, Roger Stormo, menyatakan ada ketegangan yang berlaku, dengan George Harrison melepaskan kemarahannya sejak beberapa hari selepas merasakan diketepikan oleh Paul McCartney dan John Lennon.

"Mereka bergembira, namun pada masa sama marah. Kerana perselisihan ditunjukkan antara George dan Paul dalam filem asalnya, semua orang menafsirkan suasana zaman itu tenang, namun saya tidak pernah melihatnya seperti itu.

"Mereka bergembira, terutama ketika persembahan di atas bumbung," katanya.

Pengkaji sejarah rock, Michka Assayas menyatakan kesilapannya adalah idea kononnya kumpulan itu berpecah ketika 'Let It Be'.

"Saya adalah orang pertama yang mempercayai pelbagai mitos seperti Paul dan John saling membenci, tidak banyak bercakap. Namun, apa yang kita lihat dari perbualannya, mereka sangat rapat, semuanya berjalan dengan baik pada awal 1969.

"Setiap kumpulan mempunyai pandangan masing-masing dalam studio. Itu sangat mengejutkan (ketika filem asalnya keluar) kerana tidak ada yang melihat mereka bertelagah sebelumnya," tambahnya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kembali siapa yang bertanggungjawab atas perpecahan kumpulan itu, yang sering ditujukan kepada McCartney sejak pengumumannya pada April 197 dulu. - AFP

Berita Harian X