Rabu, 18 Ogos 2021 | 9:56pm
Gambar hiasan. - Foto AGENSI
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

Gempa bumi magnitud 6.8 landa Vanuatu

PORT VILA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Ritcher melanda bahagian pesisir negara Vanuatu di kepulauan Pasifik, Vanuatu, hari ini .

Badan pemerhati Amerika Syarikat (AS) turut mengeluarkan amaran mengenai potensi berlaku gelombang tsunami yang berbahaya.

bagaimanapun, seorang koresponden AFP berkata, penduduk yang berada di ibu negara, Port Vila, tidak dapat merasakan gegaran yang berlaku.

Menurut Kajian Geologi AS, gempa itu dikesan pada kedalaman 94 kilometer (km), kira-kira 340 km ke barat laut Port Vila.

Gelombang tsunami berbahaya mungkin terjadi di pantai dalam jarak 300 km dari pusat gempa, kata Pusat Peringatan Tsunami Pasifik dalam penilaian awalnya.

Sementara itu, kedua-dua pihak berkuasa di Australia dan Fiji menolak ancaman tsunami di pantai mereka. - AFP

Berita Harian X