Isnin, 26 April 2021 | 7:33am

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Fiji

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Kepulauan Fiji awal pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu yang berpusat di 616 kilometer tenggara dari Laucala, Fiji, berlaku pada 6.28 pagi.

Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Berita Harian X