Sabtu, 14 Oktober 2017 | 8:15am
 PESAWAT Etihad Airways.
PESAWAT Etihad Airways.

Pesawat Etihad Airways mendarat cemas

SYDNEY: Pesawat Etihad Airways dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Sydney melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Adelaide selepas petunjuk amaran diaktifkan dalam kokpit, awal pagi ini.

Kru penerbangan EY450 itu selamat mendaratkan pesawat berkenaan pada jam 5 pagi waktu tempatan di laluan di Lapangan Terbang Adelaide di Australia Selatan.

Semua 349 penumpang Boeing 777 itu keluar menerusi pintu kecemasan, menurut perkhidmatan berita dalam talian tempatan, Adelaide Advertiser.

Berita Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan petunjuk amaran itu adalah penggera asap.

Tiada laporan kecederaan, kata anggota Etihad dan jurutera serta kru memeriksa pesawat itu, sementara syarikat penerbangan memutuskan sama ada untuk meneruskan penerbangan ke Sydney - Reuters

Berita Harian X