Rabu, 19 Jun 2024 | 1:19am
Kredit: Kementerian Pertahanan Russia
Kredit: Kementerian Pertahanan Russia

Russia mula latihan tentera laut 10 hari di 3 lautan

MOSCOW: Russia dijadual memulakan latihan ketenteraan laut selama 10 hari, semalam, membabitkan puluhan kapal belayar di Lautan Pasifik serta perairan berhampiran Korea Selatan dan Jepun.

Kementerian Pertahanan Russia berkata, sebanyak 40 kapal, bot serta kapal sokongan dan kira-kira 20 pesawat serta helikopter terbabit dalam latihan itu yang diadakan di Lautan Pasifik, Laut Jepun dan Laut Okhotsk.

Rakaman video diterbitkan oleh kementerian itu menunjukkan beberapa kapal serta sebuah kapal selam belayar dari bandar Vladivostok yang merupakan pangkalan operasi untuk Armada Pasifik Russia.

Kementerian itu memaklumkan, latihan berkenaan antara lain meliputi aspek pertempuran, operasi kapal selam, serangan peluru berpandu secara bersama, dan menangkis serangan tanpa pemandu serta dron. - AFP

Berita Harian X