Selasa, 16 April 2024 | 9:42pm
Menurut pihak berkuasa kehakiman, Reunion menduduki tempat keempat di Perancis dari segi bilangan insiden keganasan rumah tangga. - Foto AFP
Menurut pihak berkuasa kehakiman, Reunion menduduki tempat keempat di Perancis dari segi bilangan insiden keganasan rumah tangga. - Foto AFP

Lelaki 88 tahun dipenjarakan kerana membunuh isteri

SAINT-DENIS DE LA REUNION: Seorang lelaki berusia 88 tahun dari pulau Reunion Perancis dijatuhi hukuman penjara 20 tahun hari ini kerana membunuh isterinya yang sakit dan penjaga rumahnya, kata sumber kehakiman.

Tertuduh, seorang pesara guru berkata, dia bertindak demikian kerana belas kasihan terhadap pasangannya yang berusia 78 tahun kerana menghidap penyakit Alzheimer.

Pembunuhan berganda itu berlaku di Saint-Joseph, di selatan Lautan Hindi wilayah seberang laut Perancis, pada Mac 2021.

Menjelang keputusan hari Isnin, pendakwa raya telah meminta hukuman penjara 25 tahun.

Tertuduh telah disifatkan sebagai seorang lelaki yang "ganas" dan "autoritarian".

Lelaki itu memukul isterinya beberapa kali dengan tukul besi dan kemudian membunuh pembantu rumah pasangan itu, yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Dia mendakwa dia mengalami "blackout" dan tidak ingat menyerang mangsa kedua.

Antara 2006 dan 2024, 52 wanita menjadi mangsa pembunuhan di pulau itu.

Menurut pihak berkuasa kehakiman, Reunion menduduki tempat keempat di Perancis dari segi bilangan insiden keganasan rumah tangga.

Reunion, yang dikenali sebagai La Reunion dalam bahasa Perancis, terletak di timur Madagascar dan mempunyai populasi hampir 900,000 orang. - AFP

Berita Harian X