Isnin, 8 April 2024 | 8:01am
Seorang anggota penyelamat berjalan di luar pusat beli-belah selepas serangan peluru berpandu di Kharkiv, pada 6 April 2024, di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine. - Foto AFP
Seorang anggota penyelamat berjalan di luar pusat beli-belah selepas serangan peluru berpandu di Kharkiv, pada 6 April 2024, di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine. - Foto AFP

Ukraine akan kalah perang jika Kongres AS sekat bantuan - Zelensky

KYIV: Presiden Volodymyr Zelensky semalam berkata Ukraine akan kalah dalam perangnya menentang Russia jika Kongres Amerika Syarikat (AS) tidak meluluskan pakej bantuan ketenteraan utama, ketika tentera Russia meningkatkan tekanan ke atas bandar barisan hadapan.

Tentera Ukraine mengakui pertempuran di sekitar bandar barisan hadapan Chasiv Yar adalah "sukar" dan "tegang", namun menegaskan tenteranya memberikan tentangan.

Ketika serangan udara semakin meningkat oleh kedua-dua pihak, Russia berkata, satu dron Ukraine menembak loji nuklear Zaporizhzhia yang didudukinya tidak lama selepas melancarkan pencerobohan pada 2022.

Ukraine membuat gesaan semakin mendesak supaya AS mula menghantar cadangan pakej bantuan AS$60 bilion yang disekat Republikan di Kongres selama berbulan-bulan.

"Adalah perlu untuk secara khusus memberitahu Kongres bahawa jika Kongres tidak membantu Ukraine, Ukraine akan kalah dalam perang.

"Ia akan menjadi "sukar" bagi Ukraine untuk bertahan tanpa bantuan. Jika Ukraine kalah dalam perang, negara lain akan diserang," kata Zelensky ketika mesyuarat melalui video.

Russia meningkatkan serangan ke atas Chasiv Yar berikutan usahanya untuk memperoleh penguasaan wilayah sejak beberapa bulan lalu.

Chasiv Yar terletak kurang 30 kilometer (km) dari Kramatorsk, hab rel dan logistik penting untuk tentera Ukraine.

"Keadaan ini cukup sukar dan tegang," kata jurucakap briged tentera yang ditempatkan di kawasan itu, Oleg Kalashnikov kepada stesen televisyen Ukraine dan memaklumkan, Russia menggunakan serangan infantri dan udara.

"Russia cuba melakukan serangan terus ke atas bandar kecil Bogdanivka dan Ivanivske, di luar Chasiv Yar.

"Pihak berkuasa berkata, serangan Russia ke atas Gulyaipole di wilayah Zaporizhzhia selatan membunuh tiga orang.

"Dua lelaki dan seorang wanita maut di bawah runtuhan rumah persendirian mereka, yang terkena peluru Russia," kata ketua wilayah itu, Ivan Fedorov, di media sosial.

Berita Harian X