Sabtu, 9 March 2024 | 9:12pm
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghadiri sidang akhbar bersama dengan Presiden Ukraine di pejabat Presiden Dolmabahce di Istanbul pada 8 Mac 2024. - Foto AFP
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghadiri sidang akhbar bersama dengan Presiden Ukraine di pejabat Presiden Dolmabahce di Istanbul pada 8 Mac 2024. - Foto AFP

Turkiye menyokong tegas pemimpin Hamas - Erdogan

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Recep Tayyip Erdogan hari ini berkata, Ankara dengan tegas menyokong kumpulan pejuang Palestin Hamas.

"Tiada siapa boleh katakan kami mengatakan Hamas sebagai organisasi pengganas," katanya dalam ucapan di Istanbul.

"Turkiye adalah negara yang bercakap secara terbuka dengan pemimpin Hamas dan dengan tegas menyokong mereka," katanya.

Erdogan menjadi salah seorang pengkritik Israel yang paling ganas sejak permulaan perang di Gaza, yang bermula selepas serangan 7 Oktober oleh Hamas di Israel yang meragut sekurang-kurangnya 1,160 nyawa, menurut pengiraan AFP angka rasmi Israel.

Sementara itu, Israel menyerang balas dengan serangan darat dan udara tanpa henti yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas membunuh sekurang-kurangnya 30,878 orang di enklaf Palestin yang terkepung dengan kebanyakan mangsanya, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, Erdogan menggelar Israel sebagai 'negara pengganas' dan menuduhnya melakukan 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza. - AFP

Berita Harian X